Thursday 20 September 2012

Berkawan dengan Orang Berkira @ Kedekut?

Hah ha... hari ni aku balik lambat ke rumah. Assalamualaikum!! adik o.. adik bucuk, umi balik nih. Tengok umi belikan vitagen kegemaran adik...

waalaikumussalam.... kedengaran suara kecil itu dari dalam rumah, tapi kelibat orang tak nampak pon. Hai, mesti dok syok mengadap tv lah tuu. Tak patut tak patut. Ikutkan hati, jam2 tu jugak aku nak torture @ ceramah @ laser agar anak-anak tahu memuliakan mak ayah...

Bukan nak cerita pasal budak dan tivinya walau pon aku rasa tak puas hati dengan pengaruh kartun yang melampau kepada bebudak. Bukan salah tivi atau kartun ultraman tuh, salah aku yang biarkan dia berlelama berhibur. Sabar... akan ku selitkan ceramah2 kepada mereka setiap pagi dan petang...

Memandangkan aku dah tertulis tajuk di atas... cehhh umpamakan surat rasmi lah pulak, maka aku nak ceritakan tentang seorang teman yang sangat kuat berkira2 @ kupit @ kedekut dalam belanjakan rakan-rakan. Mungkin dulu dia tak pas dalam matematik sebab tuh nak cover kot. he..

Pabila keluar meronda dan makan2, boleh dia asyik2 buat bodo sajer tunggu orang belanja. Paling baik pun, dia akan belanja seorang saja daripada tiga orang!! bengang betullah. Sekali dua terkena... pas tu kena lagi. Berat betul tangan nak keluarkan duit nak belanjakan kawan2 yang selalu dikenakannya. Apalah punya orang. Tak per...

Yang tambah menyampahnya, pantang dengar geng2 nak jalan-jalan, shopping atau makan2 mesti dia nak ikut serta. Heh...

Tadi, selepas pulang kerja aku dan geng buat pakatan sulit lagi menyulitkan untuk ke kedai sutera... mana lagi, Desa Murni lah. Aku malas, malas dan malas nak mengajak dia. Apatah lagi pergi dengan kereta ku. Walhal, dia dah pesan, kalau kita orang nak pergi situ, dia nak gi sama. Oh... tolonggg.

( Tukar tune pulak.... senyum...) 

Hasil lawatan silaturahim ke sana, maka aku pon terbelilah dua helai. Tapi tak terasalah sangat kekopakan poket sebab macam biasa, aku gunakan kad yang Pak Cik Maybank bagi... eeehh, walaupon namanya kad credit tapi aku selalu setelkan supaya tak berkapok yang akan menyusahkan hidup. Guna kad ni kenalah bijak kawal nafsu agar tak bertambah beban AKPK tuh... he.

2 comments:

NoorBieLover said...

pernah jgk jmpa kwn2 yg mcm ni..parasit btul..huhuh..slm perkenalan.dtg mmbalas kunjungan dan follow..

che dai said...

temer kasih...