Thursday 18 September 2014

Tepung Pelita Tradisi Melayu

Hari ni godeh2 internet untuk cari resepi berasaskan tepung beras lebihan buat laksam dua tiga hari lepas. Almaklum kalau tidak menebeng untuk reka makanan, makanya jadi santapan tong sampahlah kelaknya nanti. Tambahan pulak abang kena balik awal ke asrama hari ni sebab ada kelas.

Banyak resepi yang muncul tapi bagi aku yang wanita Melayu tradisional ni nakkan resepi yang ori tepung pelita sebagaimana aku makan masa kecik2 dulu. Masa tu tepung pelita Orang Kampung Buluh sangat popular. Nama asal tuan orang tak kenal pon... nak tau lagi cerita?? Sedang kefemesan tepung pelitanya menjadi sebutan dan rebutan, tiba2 sajer kue itu menjadi tidak ada di pasaran. Akhirnya sampai ke telingaku bahawa tuannya dah meninggal. Yang sadisnya katanya sakit AIDS... huhu.

Resepi asal daripada http://cendanakasih.blogspot.com/2011/05/tepung-pelita-mudah.html?m=1
Hmm terima kasih Cendanakasih. Mesti rajin bangat masak memasak ni.

Sudah paham resepi aku ke dapur lah sambil mengerah kakak membantu.

Lapisan hijau
1 cawan tepung beras
3 cawan air
5@6 helai daun pandan
5@6 sudu gula
pewarna hijau

Lapisan putih
Setengah cawan gandum
setengah cawan tepung beras
1 kotak kecil santan segera
3 cawan air
setengah sudu teh garam

Cara...
1. Blend daun pandan... tapis. Masukkan kesemua bahan lapisan hijau dan blend. Pas tu masak atas api sederhana hingga berkilat.
2. Blend semua adunan lapusan bawah dan masak hingga pekat.

 Blend daun pandan dgn sebahagian sukatan air yg 3 cawan tadi tu.
 Blend semua bahan lapisan hijau dan masak atas api perlahan. Kena kacau selalu agar tidak berkerak2 gitu.
 Nah... menawan sungguh colornya kan. Bila pekat dan berkilat gini angkat.
 Masak bahan putih pulak. Seeloknya dimasak serentak agar si hijau tidak perlu menunggu lelama. Bila dia sejuk agar sukar nak levelkan.
 Masukkan 1 sudu kecil gula pasir ke dasar bekas. Asalnya nak buat dalam daun pisang... tapi kebun pisangku cinonet sangat. Kecik ajer daunnya tak lepas. Lagipun duk klebek klepet akhirnya bocor pulak. Ngeh...ngeh.
 Pas tu masukkan si hijau tiga empat sudu... pas tu bubuh si putih salju. Nampak tak sampan daun pisang tu.... hanya satu2 nya tu.

Kukus dalam 5 minit untuk hancurkan gula tadi. Angkat dan sejukkan. Nyaman. Sedap sungguh.

No comments: