Thursday 18 September 2014

Bila Semua Orang Nak Jadi Arkitek

Hasrat nak membesarkan rumah sudah nekad. Cumanya nak cari tukang rumah yang berkaliber dan berkibar2 sahaja. Rupanya sudah sampai kini, masalah menjadi kritikal jugak kerana tukang yang bagus2 sudah penuh jadulnya. Almaklum la kan sudah kerja baik.. maka jadi pilihan dan pujaan hati ramai.

Sudah dapat kelulusan pelannya? Malas nak cakap. Aku ingat lepas renovate baru nak mohon. Okay ke gitu?? Kalau kena denda berapa ye.. alamak lah aku. Saper yang lukis pelan?...sendirian berhad. Ala rumah kampung jer...

Makanya kami anak beranak bertukar profesi. Semua orang tiba2 menjadi pelukis pelan yang kecundang.
 Lakaran aboh.. nampak ropa sikit. Macamana wajah rumah haku kalu pakai pelan lantai@tanah ni... menawan kah?..oh nehe mera beti he.
 Huhu..aku punya. Ada saper2 nak upah aku. Nanti rumah siap dengan jayanya senget benget.
Hai.. kiranya paling comel. Adik punya. Bakal arkitek masa depan. Tungguu.. tapi manalah pulak perginya lakaran abang yang memang berceta2 nak jadi Hijas Kesturi... salah eja ke fakta mintak mahap la yer.
Sudah sampai tahap memerah otak meneroka bakat cam gini, rasa tersangatlah teruja dan tidak sabar. Rasa2nya baru aku bersemangat nak kemas rumah kan? Ceh ceh... palsuuu.

No comments: