Monday 22 September 2014

Alahai 91011 Lagi

Sedih sangat. Apalah dosa budak2 calon UPSR tahun ni. Sudahlah sembilan bulan penuh tekanan. Hari2 padat dengan kelas tambahan petang dan malam. Cuti Jumaat Sabtu kurang ertinya kerana ada kelas tambahan. Tak hadir kena sound dek guru. Aduh.... tapi aku paham... guru nak yang terbaik. Budak2 ni kadangnya tak tekan tak fokus pada pelajaran. Bagi ibu bapa yang terlebih prihatin... kelas tuisyen berbayar pulak. Huhu... anak-anakku kini hilang sudah zaman kanak2. Kasihan...

Sudahlah kertas Sains dan Bahasa Inggeris dibatalkan. Terkini kertas Matematik pulak. Tension tahap impak maksima anak2 ku meskipon tiada anak kandungku yang menduduki ujian ini. Sabarlah aduhai anak. Ekstra lagi tekanan selama sebulan...

Salah siapa kejadian hitam ini berlaku? Proses bangau o bangau la. Dalam wasap banyaklah tersebar luahan guru. Guru yang tidak terlibat memanglah bengkek... sebab murid2 menjawab soalan dengan memerah otak dan lega apabila kertas berakhir meski belum tentu nasib grednya.

 Tapi bagi guru2 yang dapat soalan bocor tersangatlah gembira sebab peratus A dan lulus yang tinggi sudah dalam genggaman. Almaklum anak2 murid sudah terlatih dan mahir. Oh... harapnya guru jenis ini kecil saja bilangannya. Aku sebagai ibu bapa tidak inginkan anak2 beroleh 5A kerana dapat soalan bocor. Dan aku sangat percaya ibu bapa lain sependapat denganku.  Apalah ertinya??

Cuba bayangkan kalau murid2 ini ditempatkan di sekolah terbaik. Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM misalnya... tidakkah pelajar2 ini akan tertinggal dengan gaya pengajaran dan pembelajaran kendiri di situ.

Apa-apapon marilah kita ingat mengingatkan termasuk diriku sendiri, dalam segala urusan hendaklah kita mengikut peraturan dan berintergriti. Tiada jalan mudah untuk berjaya dan bahagia. Sesungguhnya amatlah manis nikmat kejayaan@ 5A jika dihadapi dengan jerih perihnya.

Allahuallam....

No comments: