Monday 1 September 2014

Sekali Ribut Melanda Sekali Hati Gulana

Hua ha tajuk melankolia bebenor. Balik dari merendek di Tok Bali kutengokkan kawasan kampungku bersampah sekali. Dengan daun2 kayu semestinya. Ranting patah bertaburan. Subhanallah... ribut kuat ni. Dek kerana malam... tiada apa lagi  yang jadi agenda kecuali tidur. Hai... manalah si Arif ni. Petang tadi balik menumpang jiran kerana aku masih berjimba2 naik kereta api Senandung Wau. Terima kasih.

 Nah... pokok jambu maduku terbongkes. Sedih pulak buktinya perhatikan wajah adik yang feeling sedih habis. Sebenarnya pokok ni masih ada potensi nak pulih tapi nemandangkan sudah ada niat nak tebang ( terpaksa sebab nak resizekan runah sikit....). Terfikir jugak mungkin Allah permudahkan urusan kami.
 Putik2 buah yang lebat jatuh ke tanah. Selamat tinggal. Terima kasih kerana beri kesempatan aku merasa buah selama dua musim. Ish...ish.
Dahan durian patah dekat surau. Seorang jemaah maut ditimpanya. Innalillahiwainna ilaihirojiuun.

No comments: