Thursday 18 September 2014

Memori Realiti dan Fantasi Crossfire

Sedang syok melayan radio dalam kereta... tiba2 keluar lagu ni.

Kita sering dibatasi
Realiti dan fantasi
Kasih sayang insani
Dan peribadi....

Wah...tergolek2 kenangan silam masa awal rumaja. Bukan kisah2 chenta pon tapi kisah aku layan lagu ni dengan mendengar kaset. Masa tu banyak jugalah tali kaset yang kubeli. Aik... jangan mengata dulu, masa tu rege kaset hanya dua ringgit ajer. Yang cetak rompak merompak semestinya lah. Duduk pon sebelah kedai cina jual radio dan kaset. Of cos aku terpengaruh kerana sering dengar dia tes untuk pelanggannya. 

Masa tu aku sudah pandai cari duit dengan menolong sepupuku berniaga di pasar pada hari nat Sabtu dan Rabu. Upahnya dua tiga ringgit sepagi sebab lepas tu aku perlu ke sekolah pulak. Banyak jugak tu... bolehlah aku menampung keperluan dan hobiku terutama beli majalah Remaja. Ketika itu Aznil Nawawi, Aleeza Kassim, Nasha Aziz dan ramai lagi model dan pelakon yang sekarang sudah akhir 40-an ke atas tengah mantop. Rasa2 kumasih simpan majalah tu kat umah mak. Mesti kelakar kalau tengok sekarang kan.

Kegilaan membeli majalah Remaja terhenti automatik pabila aku sudah tidak remaja. Masa kerja beralih ke majalah Wanita tapi rasa heavy sangat. Akhirnya tak berapa minat membeli majalah lagi. Kini aku beli majalah ikut keperluan. Masa tengah  cari idea untuk buat dapur, aku gila2 membeli Dapur Impiana dan Anjung Seri. Hasilnya kabinet dapur aku adalah iras2 gambar majalah tu tapi dalam versi murah bajet. Huhu... malas juga masaknya.

Kini yang selalu menarik mataku ialah Laman Impiana. Suka sangat tenung gambar landskap rumah orang... terasa2 macam aku ada di situ. Nyaman. Hasilnya aku lebih advance daripada kengkawan dan selalu menang kalau berbicara tentang pokok2 dan landskap padahal halaman rumah aku bercaca merba. Bukannya Chacha Maembong ye. Kiranya boleh la kerja sambilan di nurseri atau taman botani... 

Oh ho...berbalik pada lagu di atas, bagi aku liriknya indah dan tidak cintan cintun. Tiba2 aboh pon turut menyanyi2 lagu ni. Aikkk?? Kaki tali kaset jugak ke...

No comments: