Friday 27 September 2013

Lagi Perihal Vietnam

1. Tak perlu tukar duit banyak2. Aku cuma tukar 2 juta dong untuk beli buah dan air. Tak 
    tukar langsung USD. Ringgit Malaysia diterima pakai di sana.

2. Orang Vietnam kecil molek dan langsing2. Aku dah jadi giant kat sana.

3. Jangan packing barang guna beg tarik super besar tuh, sebab nanti sangkut kat 
    imigresen sana. Masa beratur nak balik, ada grup yang bawa 2 beg besar sangkut. 
    Dalam flight aku tanya apahal? dia jawab beri duit RM50, beres.

4. Tak ada kiosk web check in kat airport sana.

5. Orang vietnam sangat up date tentang peti besi sebab mereka suka simpan duit kat 
    rumah. Banyak kedai jual peti besi dari saiz kecil hinggalah besar seperti almari baju.

6. Sila silangkan beg anda. Jangan leka dengan lautan motosikal tu. Ada kawan kena  
    ragut secara berhemah sehingga diapun tak sedar masa bila handbag dan kamera 
    dlsrnya hilang. Sedar2 tudungnya hampir tercabut.

7. Pastikan bagasi anda tidak melebihi had yang dibeli. lebih kilo  kena USD18 = RM50/kg.
    Bayangkan... sila pinjam penimbang kat hotel.

8. Survey jugak barang2 dalam kedai kerana harganya lebih kurang. Aku dapat lebih 
    murah.

9. Hati-hati membeli barang kulit. Aku beli sandal, esoknya masa nak pakai rupanya kulit 
    babi. Ishhh. Aku berikan dengan ikhlas kepada cleaner hotel Suka sangat dia.

.....sekian....

No comments: