Saturday 21 September 2013

Ho Chi Minh 1 - Pasar Malam

Hotel Thanh Lien dan Pasar Malam kat Ben Than Market

 Aku sampai dalam kul 5.00 Malaysia. Sini kul 4.00 petang. Aku dibawa mendaftar ke hotel ni. Jarak ke pasar Ben Than lebih kurang 5-7 minit dengan menapak. Hotelnya bersih dan cantik. 2 bintang. Sebenarnya aku datang dengan agensi, tapi memandangkan hanya kami 3 orang saja yang konfim, maka agensi hanya meet and greet kat LCCT jer. Terpaksa kami redah sahaja segala prosedur airport sendiri. Mujurlah aku ni jenis hati batu dan encik suami seperti detektif yang sentiasa peka. Bagaimanapun, sampai di HCM, kami disambut oleh guide orang Malaysia yang menetap di Vietnam sebab aweksnya orang sini. Lega...
selesa... Cepat2 solat Zuhur dan Asar. Sapa2 yang menginap di sini, kiblatnya ialah menghala ke arah pintu lif. Bilik aku 601. Jangan haraplah ada anak panah penunjuk kiblat tuh. Boleh dikatakan orang Malaysia bersilih ganti masuk keluar dari hotel ni. Ramai orang kita suka menginap kat Saigon Pink dan sederetnya sebab dekat sangat kat Ben Than dan Kedai Basiroh yang popular tuh. Bagi hantu soping tentu senang hati sebab keluar hotel terus nampak pasar.
memandangkan hari sudah petang, maka kami dibawa melawat ke tempat menarik dan bersejarah di sekitar bandar. Tak sempat nak hafal nama, yang penting, gambar...gambar. Oh yea, jalan2 kat HCM ni ada baiknya henbeg puan-puan disilangkan sebagainya model supaya lebih selamat. Masa dalam flight balik, aku dapat berita yang grup dari Kelantan kena ragut, sedangkan mangsa tak sedar langsung. Alih2 tengok henbeg dan kamera ribu-ribuannya dah lesap dari leher. Duit, ic dsb lenyap. Kasihan... Justeru berhati2 selalu secara sedar atau pengsan...
ni patung tuan punya nama bandar Ho Chi Minh. Katanya mayatnya tidak dikebumikan seperti manusia biasa, tetapi diawetkan dan diletakkan di dalam keranda kaca untuk tatapan manusia. Ada yang kata ada di Rusia...ada maklumat lain di Hanoi. Logiknya kat Hanoilah sebab ibu negara, buat apa nak letak nun di Rusia.  Namun tak kuasa nak menyiasat.
Bangunan Opera warisan penjajah Perancis rasanya. Binaan bangunan di sini sangat halus dan cantik. Hari semakin gelap.
Malam turun ke pasar malam yang ada setiap malam. Sangat aku suka ke tempat begini. Macam2 barangan dijual seperti seluar jean, telekung, tudung ala Fareeda, beg dan macam..macam...macam lagi. Kena tawar sampai penjual terkejut veruk gitu. Kalau deme tak bagi, jangan susah hati... malam esok datang lagi. Yang penting ronda2 dulu sambil tawar-tawar...

Oh ya, tak perlu tukar duit ke USD pun sebab di sini mereka terima ringgit Malaysia jugak selain dong. Aku tukar dong sebanyak 2 jota aja untuk beli2 air dan buah. Waw! 2 jota tu... tapi bersamaan RM320.00 sajer. Peniaga kat sini juga boleh berbahasa Melayu sikit2, selebihnya cakap Inggeris lintang pukang. Bagi aku senang nak paham sebab tahap penguasaan setaraf. He. 

Satu perkara lain, boleh dikatakan 70 peratus kat pasar malam ni orang Malaysia. Makanya, jangan heran kalau terjumpa sedara kat sini ye. Ada jugak yang menyombong kat sini sepertinya tiap2 minggu depa datang sini ....

No comments: