Sunday 22 September 2013

Ho Chi Minh - Chu Ci Tunnel

Naik bas mini lagi. Hari ni ke destinasi terakhir, Chu Ci Tunnel ( sebut Guci) iaitu terowong yang dibina oleh askar Vietnam ketika perang dengan Amerika tahun 1980-an. Sangat kagum dengan semangat dan daya kreativiti mereka yang sedaya upaya menentang musuh. Akhirnya penceroboh berundur tanpa menang!
 
lubang terowong yang dahulu sangat sempit, hanya muat2 badan orang Vietnam yang kecik. Tapi sekarang diperbesar saiz supaya turis luar dapat merasa suasana dalam terowong yang sempit, gelap, panas dan hazab. Aku tak lepas peluang... masuk gak. Membongkok ada, jalan itik pun ada. Cepat2 keluar ikut lubang terdekat. Hah... legaa. Ada sesetengah terowong yang sampai kena meniarap dan merangkap. Hah... bayangkan betapa cekalnya askar2 tuh yang terpaksa underground untuk ke bilik mesyuarat, bilik makan, teater dsb.
koleksi bom. 250 kg pon ada nih. Bayangkan sekali digugurkan berapa yang menjadi roh... Orang Vietnam banyak guna pakai semula benda2 ni untuk buat perangkap yang pelbagai jenis dan boleh memautkan musuh.
 budak ni teruja lah naik kete kebal tak bergerak ni.
 lubang lagi. Contoh lubang asal terowong sebelum diresizekan menjadi seperti gambar paling atas. Aku tak berani masuk sebab takut tersangkut.
 
pondok2 begini banyak dibina bersambung dengan terowong sebagai tempat makan, bilik mesyuarat dll.

Kakiku sangat lenguh. Bestnya kalau dapat katil.


No comments: