Wednesday 26 June 2013

Jerebu di Hatiku

Sekarang jerebu dah jadi masalah tahunan kat Malaysia, Singapura dan semestinya Indonesia. Aku rasa fenomena ni baru bermula lima enam tahun lepas. Sebelum tuh tak der pulak jerebu. Malah istilah ni baru aku faham betul setahun dua tiga tahun ni. Lemah daya paham ni.

Puncanya pembakaran ladang oleh peladang kat Indon sana. Didakwanya, datang dari ladang kepunyaan Malaysia dan Singapura. Setahu aku, memang rakyat Malaysia banyak ladang sawit kat sana. Tapi tak tahulah betul atau tidak dakwaan tersebut.... 

Pun begitu, tak kiralah sama ada kepunyaan siapa pon, duduklah berbincang cari jalan mengatasi supaya hal ini tidak menjadi satu anniversari pulak. Kesian lah kepada kami rakyat marhain yang menumpang di bumi nusantara ini. Sudahlah kami miskin, tak apalah asalkan kami sihat2 sejahtera selalu di samping keluarga tercinta. He...

Tapi aku bukan nak kupas pasal isu ladang sawit bagai tuh sebab aku tak adapun ladang walau sekangkang siput pon di sini, apatah lagi nun di sana. Alkisahnya, Kelmarin aku dan geng telah mengunjungi Kemaman yang  diwartakan sebagai kawasan jerebu tahap tidak sihat. Makanya demi kesihatan, kami pon belilah topeng muka gred A super sebagai langkah berhati2. 

Pabila sampai aku lihat tak ada seorang pon yang pakai topeng hatta topeng muka ultraman pun tak ada budak yang pakai. Bukan kerana penduduk di sana kalis jerebu atau degil tahap gaban, tapi.... cuaca di sana aku nampak lebih elok daripada tempat aku yang sentiasa kelabu dalam minggu ni. Kotnya tempat aku lebih tidak sihat!

Nasib baik hujan turun dari malam semalam lagi. Sucilah sikit udara di sini. Syukur.

No comments: