Monday 3 June 2013

Jalan2 Perlis 3

Taman Anggur

Kalau mai sini mesti masuk taman anggu' ni ye. Tiket dewasa RM3 dan kanak2 RM1. 
 
nak ambik! eh.. tak leh petik; 
yang pertama sebab tak masak lagi dan yang kedua memang tak dibenarkan pon.

anggur2 putik. Buah yang lebat ini akan dibuang putiknya untuk menjadikannya gred A. Eh, potonglah sekarang... Kalau aku, tak akan potong2 lah sebab saayang wo.

Aboh tekun mendengar penerangan daripada pengawal keselamatan merangkap pegawai penerangan kotnya. Baik dan ramah tamah, jaga imej negeri... katanya pabila dipuji.


Pulut Mangga yang Super Sedap
susah jugak nak cari kedai yang jual pulut mangga rupanya. Akhirnya setelah pusing2 terjumpalah gerai ni. Nampak sembarang saja kan? tapi ramai orang, tengok kat belakang tu... Walau pon aku baru saja makan tengah hari tapi oder juga pulut mangga sorang satu. Tak nak kongsilah kononnya.

ni ha. Eh, mana kuahnya? roper2 nya kat sini santannya sudah diabsorb oleh pulut. Tidak seperti pulut durian kat tempat aku yang kuahnya asing2. Apapon cuba dulu... nyam2 sedapnya. Cukup lemak masinnya ditambah dengan manisnya pelam harum manis. Memang power! Justeru, aku berjaya perlicinkan pinggan walaupon perut dah menggelembong.... rugi.

Sesudah makan, riki2 kawasan sekitar. Masa ni mangga harum manis murah sikit regernya sebab tengah musim. RM20 sekilo. Bagusnya, penjual siap beritahu bahawa buah ni boleh dimakan dua tiga hari lagi. Maksudnya sempatlah kalau kita nak angkut balik buat cenderamata dan penyedap mulut sedara-mara kat kampung, kan? 
Apapon sendiri mau hingatlah, sekilo dua bijik aja.






No comments: