Sunday 16 June 2013

Alat Pemadam Api Dalam Kereta

Hari ni kat tempat kerja ada orang ceramah tentang keselamatan daripada kebakaran. Sebenarnya orang menjual alat pemadam api. Tapi tak per, cuba dengar dulu kot2 ada info selain daripada mengempen.
Dua benda yang dijual iaitu alat pengesan asap dan alat pemadam api. Dah ceramah tentang kebakaran mestilah alat2 ni yang dijual.. takkan periuk, sudu dan garpu. he. 

Sebut pasal kebakaran kereta ni teringat aku masa meround kat Perlis baru2 ni. Alkisahnya ketika aku membeli mangga harum manis di sebuah gerai, tiba2 keadaan menjadi kecoh. Rupa2nya ada sebuah kereta terbakar ketika lalu dekat dengan majlis perkahwinan. 

Kereta minyak! kata penduduk. Kereta minyak? pelik sebab aku tak pernah dengar. Kalau orang minyak, naik minyak.. minyak masak ke atau nasi minyak tu biasa. Rupanya kereta buruk yang diubahsuai sebagai kereta penyeludup minyak petrol. Maklumlah, minyak kita kan super murah berbanding diorang. Jangan tak tahu pulak. Lepas itu, aku tinggalkan sebab tak kuasa menunggu.

Balik rumah aku godeh2 internet pasal tu. Ni hasilnya, 
ingatkan kecil saja tapi....
 ____________________________________________
TQ, kredit kepada:

Semalam 26 Mei 2013 telah berlaku satu kemalangan yang seterusnya mengakibatkan kebakaran membabitkan 4 buah kereta di Perlis.
Gambar  Video Kebakaran 4 Buah Kereta Di Perlis 26 Mei 2013
Gambar dan video kejadian sempat dirakamkan oleh orang ramai. Dipercayai sebuah kenderaan Toyota KE90 telah terlanggar dengan sebuah Proton Saga BLM. Ketika cuba menghidupkan Toyota KE90 tersebut, berlaku kebakaran berpunca dari tumpahan minyak kenderaan tersebut. Akibatnya 3 buah kereta lain iaitu Proton Preve, Perodua Myvi dan Toyota Camry yang diletakkan di tepi jalan turut terbakar.
Berikut adalah rakaman video semasa dan selepas kebakaran: 
 
Harian Metro turut melaporkan :

Padang Besar: Seorang wanita yang menunggu hari untuk bersalin terkejut apabila kereta Perodua Myvi miliknya yang diletakkan di tepi jalan terbakar ketika dia menikmati hidangan di majlis kenduri kahwin di Batu 8, Jalan Kaki Bukit, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, kereta milik Rusmazailina Othman, 25, terbakar bersama dua kereta lain milik saudaranya yang diletakkan berhampiran ketika mengikuti rombongan pengantin lelaki.

Difahamkan, ketiga-tiga kereta berkenaan disambar api akibat tumpahan minyak dari sebuah kereta Toyota KE20 yang cuba dihidupkan enjin selepas terbabit kemalangan dengan sebuah Proton Saga sebelum itu.

Menurut ibu mentua Rusmazailina, Salwa Ibrahim, 50, ketika kejadian, dia bersama anaknya, Mohd Fikri Mokhtar, 25, dan menantunya makan di majlis perkahwinan pihak pengantin perempuan.

“Ketika hampir selesai makan, kami dikejutkan dengan bunyi letupan sebelum terdengar suara riuh-rendah orang ramai di depan jalan rumah pengantin perempuan menyebabkan kami bergegas pergi untuk melihat apa yang berlaku.
         __________________________________________________________________

nak beli ah alat pemadam api untuk bubuh dalam kereta. Tapi selamat kah? aku yang banyak mulut ni bertanya. Selamat tapi kena beli yang gini...gini ( seperti yang dijuallah!). Jangan pakai yang murah macam spray nyamuk tu sebab mudah meletup! Kalau yang selamat, ada sirim gini tahan panas hingga 1000 lebih darjah c. Ok encik! ode satu.

1 comment:

Anonymous said...

Harga terus dari kilang……
ABC 1kg - RM65
ABC 2kg - RM75
ABC 6kg - RM110
ABC 9kg- RM125

Beli dua diskaun RM5

Free COD:
Isnin - Jumaat area Shah Alam
Sabtu dan Ahad area Sg Buloh

Item perlu pre order
Lebih dari 2 unit bayaran perlu bank in

Call/SMS: 0126931680

Klang Valley - COD RM10 ( Sabtu dan Ahad Sahaja )