Monday 3 June 2013

Jalan2 Perlis 2

Wang Kelian - Thailand

Wahai anak-anakku sayang, ayuh bangun. Kalau nak ke sana kena awallah sebab nanti panas. Kan hitam melegik pulak... Dari Kangar ambil masa kira2 45 minit aja. Betapa terujanya haku.
Perjalanan amat mendamaikan. Rasa kagumku non stop. Jalannya lengang.

Sedang asyik menikmati kemakmuran Perlis, tiba2 saja terpaksa mendaki bukit yang agak mencanak. Ei..gerun jugak aku yang super penakut ni. Baru teringat kata tuan punya bilik, oh.. Wang Kelian kena naik bukit. Rasanya kalau naik bas gayat juga dan mesti kaki penumpang pon turut sama menekan minyak! hua.

Setelah mendaki dan mendaki, maka episod turun bukitlah pulak. Ternampaklah olehku sekeluarga akan sebuah bas di depanku seolah2 hilang kawalan. Terhoyong hayang masuk line orang. Ya Allah, janganlah apa2 berlaku. Tak tahulah perasaan orang di dalam bas tuh. Aku berdoa jugak agar tiada bas yang turun semasa aku naik karang. Takut.

Gua Kelam

Aku tahu pasal Gua Kelam pabila tersebut dalam Buku Teks Bahasa Melayu. Menarik juga, bagus untuk kembali membayangkan penempatan awal manusia. Ngaper Gua Kelam? oh... sebab dalamnya gelap, tapi sekarang tak berapa kelamlah sebab banyak lampu warna warni dipasang untuk tambah nilai. Jadi sudah panggil Gua Kelam2 Manja gitu. Cantik sangat.

kalau nak naik tren untuk meneroka isi perut gua, sebelah kaunter nilah. Masa aku pergi, kebetulannya tren rosak. Makanya tak masuklah aku. Tapi kalau bersemangat waja ala2 perwira bolehlah jalan kaki ke dalam. Tapi kena ambik guide lah takut masuk tak keluar2 pulak.

 beli tiket masuk di sini. seringgit dewasa dan 50 sen bebudak. Argh... betul ke dok? tiber2 jer aku jadi lupa2... nanti bila konfim aku up date semula.

 cantik bangettt... macam pelamin pulak. Suhbanallah.
Sedar2 dah sampai penghujung. Kalau malas nak merayau2 keluar, sila buat u turn sebab memang kena pusing balik pon.

No comments: