Tuesday 27 November 2012

Kasihan...Farhan

Budak ni berumur enam tahun tapi terpaksa menanggung derita yang maha dasyat. Mengapa? siapa Farhan?
Aku terbaca kisah budak comel ni dalam Mingguan Wanita. Dia melecur seluruh badan kerana tersiram air panas untuk memasak megi. Aduiss.

Alkisahnya Farhan teringin nak makan megi. Dia mintak dengan ayahnya tapi si ayah sedang tengok bola. Mintak ngan si kakak pulak. Yang seorang melayan cerita korea dan yang sorang lagi mendengar lagu. Makanya tiada yang sempat melayan kehendak si adik. Maknya pulak ada dalam bilik. Tau apa yang Farhan buat?

Dia buat sendiri. Masa nak ambik air panas dalam cerek... tiba2 si ayah menjerit GOLLLL!!! hingga mengejutkan Farhan lantas cerek terlepas dan menyiram tubuhnya. Ya Allah...

*****************************************

Kejadian di atas hendaknya dijadikan teladan kepada keluarga tersebut dan kita jugak. Kadang2 kita lalai melayan kehendak anak2 kecil disebabkan kesibukan dan urusan tertentu. Seperti kata emak Farhan, dia ada berbincang @ pos motem dengan keluarga tentang kejadian tersebut .... dan si kakak2 amat menyesal.

Semoga Farhan cepat sembuh dan kembali sihat seperti sebelumnya. Dan kita sebagai ibu, bapa, abang dan kakak hendaknya bersabarlah dengan kerenah anak2 kecil. Sayangi dan lindungilah mereka kerana mereka tidak tahu apa2 tentang bahaya yang menanti.




Saturday 24 November 2012

Pengantin Dalam Dusun

Hi..hi... baca ala2 jeritan kutilanak Kg. Pisang.

Tajuk tu tak ada kena mengena dengan hantu pun. Sebenarnya, aku baru balik dari majlis kenduri kahwin. Susah jugak nak ke rumahnya. Jalan bersimpang-simpang,... jalan kecil saja. Sudah gitu, anak2 kecil berlarian tak hirau kereta lalu lalang. Oh... betapa braninya budak2 sekarang tak seperti aku dulu, tengok kereta lalu... tak bergerak2 takut rebah terkena angin. he.

Amboi, rumah pengantin dalam dusun buah rupanya. Ada pokok durian, rambutan, duku...rambai. Pokok katak, pisang, ciku.... dan macam2 lagi. Alaa, macam karangan Dusun Datuk Saya yang aku selalu tulis masa cikgu suruh buat karangan. Dok gitu ker?.. Yang sungguh mengujakan semuanya sedang berbuah! alahai... sukanya aku kalau rumah aku pon begitu.

Rumah aku kalau 10 tahun lagi agaknya boleh jadi begitu kot. Pokok duku, rambutan, jambu, mata kucing, durian belanda... Nanti pencen, aku kiranya kutip buah2 sahajalah...hmmm. Silalah datang ke rumah aku 10 tahun lagi yek.

Apapun, selamat pengantin baru buat kedua2 mempelai, semoga bahagia ke akhirnya. Amin.


Friday 23 November 2012

Setelah 7 Tahun Menunggu 2

Orkid ni antara tanaman awal yang aku beli, ketika itu aku baru berjinak2 dengan dunia pokok. Masih ingat lagi... encik Kay tak berapa suka dengan hobiku. Boleh dia kata... rumah aku macam nurseri... uhh menyiat2 hati. Tapi dia kini dah terbalik, kan? dia pulak jadi toke nurseri! ha, ha...
>>>>>>>>>>>>>>>>>
aku tekan2 upload gambar>>>>> tak boleh>>>> lebih  limit>>>>> adushh>>>

>>>>>>>>>>>>
masalah di atas dah setel pabila aku add author..

apapun, selepas 7 tahun, orkid ni mengeluarkan bunga kembali. Betapa lamanya menunggu hingga aku lupa akan warnanya. Cantekk.

Thursday 22 November 2012

Kisah Budak Botak


Tadi masa aku lepak2 sambil makan2 jajan yang dibeli kat Tanjung iaitu tapak festival Piala Monsun., tiba2 datang satu keluarga bersama 6 anak2nya yang masih kecil belaka. Paling besar dalam 10 @12 tahun kot. Mereka duduk dekat tempat aku dan famili. Pelik jugak, biasanya orang pilih tempat lepak yang kosong untuk lebih privasi. Tapi... mungkin tempat aku yang paling strategik.

Sejak mereka sampai, suasana menjadi riuh. Yang kuat kedengaran adalah suara si bapa yang melarang itu ini. Tidak pulak aku dengar suara si emak. Ohh... tak ada emaknya di situ. Takkan bapa tunggal kot? he...

Aku perasan, sejak sampai anak2nya merapat ajer ke arah kami. Tiba-tiba....NAK! budak itu meminta makanan daripada encik suami seraya menghulur tangan. Terdengarlah suara ayahnya memanggil nama budak itu. 

Spontan, hb menghulurkan sebiji berangan goreng yang telah dikupas. Bukan kedekut, tapi itu ajer yang tinggal. Maklumlah, kami anak beranak memang mesin pengisar makanan yang TERbaik... makanan yang sedap2 tak terbiar lelamaa...

Kasihan juga... tapi kan, budak2 memang begitu. Tapi aku tak mahu anak2 aku jadi begitu. Semoga Allah permurahkan rezeki kami anak beranak dan keluarga besar itu jugak. Amin.



Setelah 7 Tahun Kutunggu

Orkid ni antara tanaman awal yang aku beli, ketika itu aku baru berjinak2 dengan dunia pokok. Masih ingat lagi... encik Kay tak berapa suka dengan hobiku. Boleh dia kata... rumah aku macam nurseri... uhh menyiat2 hati. Tapi dia kini dah terbalik, kan? dia pulak jadi toke nurseri! ha, ha...

>>>>>>>>>>>>>>>>>
aku tekan2 upload gambar>>>>> tak boleh>>>> lebih  limit>>>>> adushh>>>

>>>>>>>>>>>>

apapun, selepas 7 tahun, orkid ni mengeluarkan bunga kembali. Betapa lamanya menunggu hingga aku lupa akan warnanya. Cantekk.



Jangan Risau Kalau SBP Tak Panggil Temuduga...


Rupanya hari ni ada temuduga untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh. Ngapa anak aku tak der pun dipanggil? Risau jugak kalau-kalau aku terlepas maklumat terkini. Sijil2 bagai telah aku siap dalam fail klear sebagai persediaan kalau-kalau dipanggil temuduga. Kalau tak masuk sebab cemerlang pon... masuk sebab mahir menyusun sijil dalam fail pon okay. Waahh... ha, ha.

Memandangkan aku tak tahu haper2 tentang proses tu, aku terus talipon sekolah berkenaan nak tanya-tanyakan. Rupanya calon2 yang hantar salinan sijil sahaja yang mungkin dipanggil. Kepada yang tidak atau belum nak hantar tu tak perlu lagi susah2 hantar sebabnya pihak kementerian yang akan tentukan sama ada dapat ke tidak. Oo.. mungkin yang yang tertemuduga itu untuk kuota2 tertentu.

Sepatutnya wahai mak bapak dan calon, selepas peperiksaan upsr, salinan sijil2 murid dihantar ke sekolah berasrama penuh pilihan. Kemudian pihak sekolah berkenaan akan mengadakan sesi temuduga untuk calon2 terpilih berdasarkan kriteria tertentu. 

Mungkin yang terpilih oleh pihak sekolah itu yang benar2 cemerlang gemilang ataupun yang masuk atas dasar budi bicara... e-kasih sayang dan sebagainya. Chop gitu... ini andaian aku sajer. Tak betul, maafkan.

Barulah aku faham dan jelas. Jadinya, kepada parent yang duk tunggu bila masa nak panggil anak aku temuguda ..... dan juga salinan sijil2 yang telah difotoestetkan tu simpan sahajalah sebagai azimat. Tapikan, bagus juga aku lambat hantar.



Monday 19 November 2012

UPSR, Janji Ditepati

Hari ni bebudak yang ambik upsr mesti berdebar sakan. Tarikh asalnya keptusan 21 November. Tau2 resultnya diumumkan pada hari ni.Tapi tak haper lah bila pon sebabnya benda dah lepas... soalan dah berjawab. Semoga keputusan yang diperolehi sebagaimana yang diharapkan dan setimpal usaha.

Cikgu kakak dah telefon beritahu tentang keputusan kakak. Oh..syukur, tapi biarlah dia tahu 
di sekolah bersama2 rakannya yang lelain. Tahniah wahai anak, meski sudah boleh diramalkan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada cecikgu dari Tahun 1 hingga 6 yang sudi mencurah ilmu tanpa jemu.

 


Makanya, sebagaimana yang dijangka, gadis itu pantas menuntut janji yang aku terbuat semasa tidak sedar... ntah2 semasa aku mamai atau pengsan, dia buat deal. Namun sedar atau separa, janji mesti ditepati... dok gitu eh? he.
 
Okaylah anak, pergilah survey kedai yang paling murah atau yang paling banyak bagi diskaun... atau bagi percuma ke...


terkoyaklah poket ayahnya membeli si Samseng Y warna pink nih.






Sehingga detik ini aku sedang merefreshhh, bila masa aku berjanji nak beli handfon warna ping2 bagai?? Bukan umi janji nak beli gula-gula hantu ker...


Friday 16 November 2012

Gaji Kita

Jika gaji kita RM 5000, 
tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM 20000, 
= Allah SWT akan berikan beza RM 15000 itu 

samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.

Jika gaji kita RM 5000
tapi kita kerja malas macam gaji RM 2000, 
beza RM 3000 itu 
Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya.

-Prof Dr Muhaya-



.....AKU SETUJUUU....

Monday 12 November 2012

Ayer Hitam..Best Sangat

Sampai jer kat Ayer Hitam, masa makan tengah hari. Masakan orang sini sedap2 rupanya. Tapikan, aku tak berapa selera nak makan. ??? sebabnya mata asyik melalilau ke arah kedai2 yang jual pasu, bunga dan macam-macam lagi. Dalam tak lalu tu, licin jugaklah pinggan. Bukan apa, sebagai energi nak berjalan2...

 ni yang aku beli, tempayan ni nak isikan... nak bubuh apa eh? 
garam, gula? alah simpan duit2 siling pun boleh..kan?


Jalan-jalan Melaka

Khamis lepas, aku pergi ke Melaka. Naik bas saja, rombongan mak kiah. Nak senang aku bawa ajer, kamera Canon kompak aku. Yalah, masuk dalam handbag saja. Malamnya aku sudah soundkan kakak agar caj bateri. 

Segalanya lancar. Tapi malangnya, kamera ni sudah merajuk rupanya, susah nak buka... sedahlah gambar tak cantik sebab pernah jatuh dalam air sungai pada suatu masa. Baru snap lima nam keping... sudah abis beteri. Alahai.

Sudahnya, gambar2 kat Taming Sari ajer yang sempat. 








Thursday 8 November 2012

Kek Cawan Untuk Mira

Sebenarnya tajuk pos di atas tu tak ada kena mengena pon. Tapi nama Kek Cawan Untuk Mira adalah tajuk cerita yang aku reka cipta sendiri khas untuk kakak ketika Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah. Bukannya aku pandai nak mengarang, tapi aku kesian jugak pabila dia asyik cerita nenek kebayannn saja. Tapi korang jangan lupa, aku kan bekas perapu cerpen ketika sekolah2 dulu... he.

Esok kan hari terakhir kakak di sekolahnya, so mungkin tergerak hatinya untuk belanja kengkawan baiknya makan kek cawan. Like mother like daughter, pabila nak belanja kawan2 mesti nak masak sendiri... baru puas hati. Makanya, dia beria2 nak buat kek sendiri tanpa bantuan aku langsung. Tapi kan, mana boleh... aku mesti beri bantuan juga. MESTI...

Pertolongan kuhulur dari aspek ceramah, tazkirah dan aneka jenis leteran kerana macam biasa lah, kakak selalu spontan...in prompt to. Masa nak bubuh telur... baru cari, nak letak esen... terhegeh2 duk geledah kabinet. Jadinya, dia asyik bangun duduk seperti kena denda gitu. Tak berlengah2 lagi aku beri taklimat ringkas. keh...keh.  Tapi kalau nak tahu, anak dara sunti aku ni kuat semangat dan tahan lasak. Dalam duk kena marah pon boleh siapkan kek2 yang comel dan sedappp ni. Cemerlang! comeii ah kakak.



tentu kengkawan2 nya berasa gumbira nak makan kek comel ni.

Tuesday 6 November 2012

Entri ke-200... Yeaa

 Oh, sedar tak sedar aku dan menyumbang dan menyonsangkan cerita ceriti merapu merabanku untuk kali ke-200. Gumbira lah. Ha..ha nak tergelak lah sangat. Kalau orang lain, tentu tak heran langsoong dengan pos yang sedikit tuh.


Tapi, bagiku berbeza sekali kerana setiap pos yang dipublishh bermakna aku telah berjaya mengatasi sikap malas dan culas.Meskipon, coretan aku tak ada nilai2 estetika langsung tapi ia cukup menghiburkan aku ibarat lagu arwah Sudirman....engkau tiba bagaikan pelangi... tak bercahaya namun kau beseri... namun cukup menghiburka hati iniii.....


Santai bersamaku...

▼  2012 (200)

Tahniah Kakak dan Adik

Kelmarin sekolah anak2 buat Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid. Dengan senang hati aku adakan diriku di situ. Bangga dan terharu pabila anak2 dapat hadiah atas kejayaan mereka. Meski hadiah tidak seberapa namun pengiktirafan yang diberi sungguh berharga.

 memulakan majlis dengan bacaan ayat2 suci untuk memohon keberkatan.

 Perasmian oleh alumni, Dato' Shafie Harun

  
aku sungguh kecewa kerana mereka ini tidak memberikan yang terbaik sebagai tanda kenangan dan terima kasih kepada sekolah tercinta. Bukankah ini tahun terakhir anak2 semua di sini....?

 adik dapat nombor tiga... aik? tiga ajer dehhh. 
Tahun depan jadi lebih baik. Okay kartun maniac yang comel?

Bukan nak memuji, tapi kakak selalu cemerlang. 
Harap jadi manusia berguna dan berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara.



Monday 5 November 2012

Nenek Ambil SPM, Cucu?

Sukanya aku tengok berita malam ni. Alkisahnya seorang nenek empat cucu turut bersama2 calon lain menduduki peperiksaan SPM. Wah... hebat dan kental semangat. Terasa nak pulak ambik peksa. UPSR boleh?.. he.

Aku doakan agar nenek 55 tahun tu beroleh keputusan yang baik. Meskipon bukan untuk memohon kerja tetapi demi mempertingkatkan kualiti kendiri dan kepuasan diri. Tahniah!.

So, kepada anak2 yang mula ambik SPM hari ni, harap menjawab dengan tenang dan tepat. Masa yang ada jangan disia-siakan begitu saja.


Thursday 1 November 2012

Bahayanya Penyambungan Elektrik Sendiri

Ada seorang teman ni, rumahnya memang cantik. Berseni habis. Dalam rumah macam taman Babylon, bunga2an tergantung di sana sini hingga tak ada ruang pon dibiarkan bogel. Dan ini memang diakui tuan rumah bahawa dia tak boleh tengok ruang kosong. Bayangkan betapa meriah giler dalam rumahnya. Memang cantikk tak terdaya nak menafikan.

Kat luar pon sama, rumah sedia besar dibesarkan lagi dengan pelbagai fungsi ruang. Ada ruang beranda depan, kiri, kanan dan atas. Untuk makluman beranda belakang tak der sebab ramai sangat beruk dan kera akan melepak... Adaponnya, apabila ada ruang tambahan mestilah ada lampu2 warna warni dan aneka bentuk yang hendak dipamerkan. Justeru, mana cukup plug2 yang sedia ada kan? 

Nak kaver semua lelampu cantik tuh kenalah buat pendawaian elektrik. Nak upah yang bertauliah, mestilah kaw punya caj... sori lah terlanjur ( aku percaya tuan rumah duit tak luak pon ). Sayangnya, dia suruh anak beranak yang pandai sajalah.  Hasilnya? tersangatlah mewahnya limpahan cahaya lampu pabila malam menjelma. Pada waktu siang pula, menjamu mata dengan bentuk2 nya pun sudah cukup puas. 

Tapi sayang, kemilau itu tak lama. Baru ni aku berkunjung ke rumahnya kerana mendengar musibah yang melanda. Sebahagian serambi rumahnya terbakar, terus membakar kereta yang dipaking berhampiran. Mujur pihak bomba cekap. Puncanya? sebab pendawaian elektrik secara tidak selamat, wayar terputus dan jatuh atas sofa... apa lagi sedap ajer memakan getah dan spannya.

Nasib baik kerugian tidak terlalu banyak. Syukur. Apapon setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semoga kita semua berhati2 dengan sambungan elektrik, kalau nak tambah2... boleh tapi biarlah dengan orang yang ada tauliah.

Semoga tuan rumah reda dan bersabar dengan ujian-Nya. Mungkin rezeki berganda selepas ini. Ingat yer, rumah kita bukan sahaja cantik menawan tapi mesti selamat juga.