Monday 19 November 2012

UPSR, Janji Ditepati

Hari ni bebudak yang ambik upsr mesti berdebar sakan. Tarikh asalnya keptusan 21 November. Tau2 resultnya diumumkan pada hari ni.Tapi tak haper lah bila pon sebabnya benda dah lepas... soalan dah berjawab. Semoga keputusan yang diperolehi sebagaimana yang diharapkan dan setimpal usaha.

Cikgu kakak dah telefon beritahu tentang keputusan kakak. Oh..syukur, tapi biarlah dia tahu 
di sekolah bersama2 rakannya yang lelain. Tahniah wahai anak, meski sudah boleh diramalkan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada cecikgu dari Tahun 1 hingga 6 yang sudi mencurah ilmu tanpa jemu.

 


Makanya, sebagaimana yang dijangka, gadis itu pantas menuntut janji yang aku terbuat semasa tidak sedar... ntah2 semasa aku mamai atau pengsan, dia buat deal. Namun sedar atau separa, janji mesti ditepati... dok gitu eh? he.
 
Okaylah anak, pergilah survey kedai yang paling murah atau yang paling banyak bagi diskaun... atau bagi percuma ke...


terkoyaklah poket ayahnya membeli si Samseng Y warna pink nih.






Sehingga detik ini aku sedang merefreshhh, bila masa aku berjanji nak beli handfon warna ping2 bagai?? Bukan umi janji nak beli gula-gula hantu ker...


No comments: