Thursday 22 November 2012

Kisah Budak Botak


Tadi masa aku lepak2 sambil makan2 jajan yang dibeli kat Tanjung iaitu tapak festival Piala Monsun., tiba2 datang satu keluarga bersama 6 anak2nya yang masih kecil belaka. Paling besar dalam 10 @12 tahun kot. Mereka duduk dekat tempat aku dan famili. Pelik jugak, biasanya orang pilih tempat lepak yang kosong untuk lebih privasi. Tapi... mungkin tempat aku yang paling strategik.

Sejak mereka sampai, suasana menjadi riuh. Yang kuat kedengaran adalah suara si bapa yang melarang itu ini. Tidak pulak aku dengar suara si emak. Ohh... tak ada emaknya di situ. Takkan bapa tunggal kot? he...

Aku perasan, sejak sampai anak2nya merapat ajer ke arah kami. Tiba-tiba....NAK! budak itu meminta makanan daripada encik suami seraya menghulur tangan. Terdengarlah suara ayahnya memanggil nama budak itu. 

Spontan, hb menghulurkan sebiji berangan goreng yang telah dikupas. Bukan kedekut, tapi itu ajer yang tinggal. Maklumlah, kami anak beranak memang mesin pengisar makanan yang TERbaik... makanan yang sedap2 tak terbiar lelamaa...

Kasihan juga... tapi kan, budak2 memang begitu. Tapi aku tak mahu anak2 aku jadi begitu. Semoga Allah permurahkan rezeki kami anak beranak dan keluarga besar itu jugak. Amin.



No comments: