Thursday 8 November 2012

Kek Cawan Untuk Mira

Sebenarnya tajuk pos di atas tu tak ada kena mengena pon. Tapi nama Kek Cawan Untuk Mira adalah tajuk cerita yang aku reka cipta sendiri khas untuk kakak ketika Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah. Bukannya aku pandai nak mengarang, tapi aku kesian jugak pabila dia asyik cerita nenek kebayannn saja. Tapi korang jangan lupa, aku kan bekas perapu cerpen ketika sekolah2 dulu... he.

Esok kan hari terakhir kakak di sekolahnya, so mungkin tergerak hatinya untuk belanja kengkawan baiknya makan kek cawan. Like mother like daughter, pabila nak belanja kawan2 mesti nak masak sendiri... baru puas hati. Makanya, dia beria2 nak buat kek sendiri tanpa bantuan aku langsung. Tapi kan, mana boleh... aku mesti beri bantuan juga. MESTI...

Pertolongan kuhulur dari aspek ceramah, tazkirah dan aneka jenis leteran kerana macam biasa lah, kakak selalu spontan...in prompt to. Masa nak bubuh telur... baru cari, nak letak esen... terhegeh2 duk geledah kabinet. Jadinya, dia asyik bangun duduk seperti kena denda gitu. Tak berlengah2 lagi aku beri taklimat ringkas. keh...keh.  Tapi kalau nak tahu, anak dara sunti aku ni kuat semangat dan tahan lasak. Dalam duk kena marah pon boleh siapkan kek2 yang comel dan sedappp ni. Cemerlang! comeii ah kakak.



tentu kengkawan2 nya berasa gumbira nak makan kek comel ni.

No comments: