Thursday 1 November 2012

Bahayanya Penyambungan Elektrik Sendiri

Ada seorang teman ni, rumahnya memang cantik. Berseni habis. Dalam rumah macam taman Babylon, bunga2an tergantung di sana sini hingga tak ada ruang pon dibiarkan bogel. Dan ini memang diakui tuan rumah bahawa dia tak boleh tengok ruang kosong. Bayangkan betapa meriah giler dalam rumahnya. Memang cantikk tak terdaya nak menafikan.

Kat luar pon sama, rumah sedia besar dibesarkan lagi dengan pelbagai fungsi ruang. Ada ruang beranda depan, kiri, kanan dan atas. Untuk makluman beranda belakang tak der sebab ramai sangat beruk dan kera akan melepak... Adaponnya, apabila ada ruang tambahan mestilah ada lampu2 warna warni dan aneka bentuk yang hendak dipamerkan. Justeru, mana cukup plug2 yang sedia ada kan? 

Nak kaver semua lelampu cantik tuh kenalah buat pendawaian elektrik. Nak upah yang bertauliah, mestilah kaw punya caj... sori lah terlanjur ( aku percaya tuan rumah duit tak luak pon ). Sayangnya, dia suruh anak beranak yang pandai sajalah.  Hasilnya? tersangatlah mewahnya limpahan cahaya lampu pabila malam menjelma. Pada waktu siang pula, menjamu mata dengan bentuk2 nya pun sudah cukup puas. 

Tapi sayang, kemilau itu tak lama. Baru ni aku berkunjung ke rumahnya kerana mendengar musibah yang melanda. Sebahagian serambi rumahnya terbakar, terus membakar kereta yang dipaking berhampiran. Mujur pihak bomba cekap. Puncanya? sebab pendawaian elektrik secara tidak selamat, wayar terputus dan jatuh atas sofa... apa lagi sedap ajer memakan getah dan spannya.

Nasib baik kerugian tidak terlalu banyak. Syukur. Apapon setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semoga kita semua berhati2 dengan sambungan elektrik, kalau nak tambah2... boleh tapi biarlah dengan orang yang ada tauliah.

Semoga tuan rumah reda dan bersabar dengan ujian-Nya. Mungkin rezeki berganda selepas ini. Ingat yer, rumah kita bukan sahaja cantik menawan tapi mesti selamat juga.


No comments: