Saturday 8 September 2012

Geng Raya Berakhir @ Su

Giliran terakhir singgah raya yang tak dalam bulan syawal ke rumah Su. Tak kesah lah raya ke tidak... asal ada makanan tetap kami kunjungi dengan jayanya. Janganlah ada antara peserta rombongan yang berasa gundah gulana kerana takut pelanggan tak datang. Imposibel tu. Semek sorang ni memang terkenal kerana handal memasak. Justeru, kami semua tertunggu2 bila oh bila dia nak ajak2 ayam kita orang ke rumah baharunya yang indah nian.

menunya nasi beriani, daging masak apae heh?, ayam, acar dan aneka buah kering dari Mekah agaknya. Mungkin mak2 haji berikan pada tahun lepas lah tu.. jangan mare.


   yang senyum tak siap tu lah tuan walimatul urusnya.


ngaper buat muka tak senonoh tuh... oooohhh menikmati kelazatan. Ahhh aku tahu sebab kau tambah nasi banyak sangat kan?? Tadi dah ambik bbaaanyak, tambah pon bbaaanyakkk... so kan semput nak habiskan. Kena makan jugak, jangan membazir! benci tau.
 gendang gendut... suka sangat bila dah kenyang. Habis gigi dan gusi menyeringai.
 
tibalah saat keberangkatan pulang. Ikutkan hatiku ini, nak saja aku stay kat sini sampai petang ke malam. sebabnya makanan yang ada sedaaaap sangat. terima kasih tuan rumah oooi.


Rumusannya, semua peserta yang mengambil bahagian nampaknya bersungguh2 menyediakan menu yang best2 untuk kengkawan. Barulah tahu, ramai yang berbakat memasak, sedaaap. Bukan mengampu, tapi harapnya prestasi dikekalkan atau dipertingkatkan lagi pada tahun depan. Insya-Allah. 

Terima kasih semua kengkawan yang sudi menghabiskan boreh untuk geng kita. Semoga tahun depan, kita dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan dan kemahiran untuk menjemput lagi geng2 raya datang makan. Bai...

No comments: