Friday 23 March 2012

Ujian Permata Pintar UKM

Assalamualaikum,

Hai... saper2 yang ada anak 9 - 15 tahun, bolehlah cuba jawab ujian permata pintar. Sajer2 test iq anak, tak salah kan. Anak teman akuss berjaya masuk ke UKM selepas PMR. Kecik2 dah  sodap2 belajar kat u. Segala perbelanjaan ditanggung beres bos!!


Ujian UKM1 adalah ujian IQ berbentuk ujian dalam talian yang boleh dicapai melalui lawan web. Ujian ini mengukur kebolehan verbal melalui pembendaharaan kata dan penaakulan (reasoning) secara logikal.

Ia dibina oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ujian saringan pertama PERMATApintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.

1. Perkhemahan Cuti Sekolah UKM-JHU pada Nov-Dis 2012 (3 minggu) di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun sahaja)
2. Program PERMATA Insan 2012 yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar beragama Islam berusia 8 tahun sahaja)
3. Program Pendidikan PERMATApintar (PPPP) iaitu sekolah khas pintar (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2012 yang akan memasuki tingkatan 4 dalam PPPP pada tahun 2013)

Untuk tahun 2012, ujian ini boleh diambil dalam tempoh 3 bulan bermula 1 Feb 2012 dan berakhir 30 April 2012. Pelajar tidak dikenakan bayaran untuk mengambil ujian ini. Tiada sekatan atau birokrasi untuk pelajar mengambil ujian sama ada di rumah, di sekolah atau di mana sahaja asalkan boleh mencapai laman web ini.

klik sini deh...



No comments: