Tuesday, 7 January 2014

Nasib Orang, Nasib Kita?

Tiba-tiba aku terkenang pada seorang sahabat lama. Sebenarnya tak berapa berkawan pun dengannya. Almaklumlah dia tu cantik, bertudung labuh dan berjubah. Bersekolah jauh dari rumah berhantar berambil. Anak tauke restoran yang popular pulak tu. Berbanding dengan aku jauh nan amatlah. Aku hanya berjual kuih muih pada bulan Ramadan...ala kecil-kecilan tahap cucu bilis. Tudung tak labuh, kadang pakai kadang tidak serta bersekolah biasa tempat anak-anak marhain mencari ilmu. 

Sudah orang cantik dan berakhlak elok pulak tu, justeru menjadi buruan dan igauan teruna dan duda. Kerana terlampau popular tahap kampung, akhirnya dia tidak mahu menyambung sekolah lagi dan mahu berkahwin. Yalah, sudah ada jaminan, suami akan tanggung beres, apa pulak nak belajar2 lagi....

Awan berarak. Masa berlalu.

Hampir dua puluh tahun kemudian, aku disapa seseorang ketika di pasar. Ingat-ingat lupa, maka otakku bekerja keras untuk menterjemah apa yang kunampak. Oh...

Kami bersalam-salamn sambil bertanya khabar. Katanya dia dah bercerai dengan suaminya dulu. Dia mendakwa bekas suami gilakan perempuan lain, yang muda tentunya. Alahai kasihan... dia ditinggalkan dengan tujuh orang anak.

Tak lama dia meminta diri kerana perlu bergegas pulang untuk membuat kuih jualan. Dia berlalu dengan menunggang motosikal yang agak berusia.... nasib orang, nasib kita?? Allah jua yang tahu.


Saturday, 4 January 2014

Jamban untuk kucing

Hari ni aku sekeluarga menjadi penyeludup pasir di sungai yang malang. Alah, jangan bersangka buruk dan busuk lah, bukan nak jual atau nak buat rumahpun, aku cuma nak ambil barang dua tiga lori...err dua tiga baldi saja. Itupun untuk buat jamban si kucing2 peliharaanku agar mereka tidak memberontak dan mengutuk atau mendakwa aku. Justeru aku perlu menyediakan prasarana khas untuk mereka memandangkan mereka tu sangat pendendam, sanggup berak depan rumahku berkali-kali di depan mataku. Adusss... 

Jadi aku harapkan aku tidak merosakkan alam semula jadi. Aku memang pencinta alam tapi aku jugak mesti mencintai dan menjaga  alam di sekeliling rumahku daripada sebarang pencemaran darat udara bunyi dan bau. Makanya tidaklah layak aku disabitkan dengan kesalahan. Oh...tolong datuk, jangan saman.

 langkah pertamaku utuskan perisikan ontok sobey2 dulu. Pandang kiri kanan.. manalah tau kot-kotnya ada pengawas sekolah pulak. Ok...line clear, kata adik. Hmmm.
Ops korek pun bermula dengan senangnya. 
Hati-hati bos... jangan terambil tahi orang sudah.
sebenarnya dah rosak...kalau masa kita orang kecik2 dulu pasir ni panjang memutih seumpama pantai Batu Buruk saja persisnya.

Friday, 3 January 2014

Maafkan Umi...

Hai sejak membela kucing ni aku dah tak boleh sabar dengan perangai si kucing yang berak di depan rumah. Sakitnya hati... kalau selama sekolah cuti adalah bebudak yang bertugas menyahkan tinja itu, tapi kini segalanya tertanggung di pundakku. Abahnya pulak terserang dek penyakit lelah semenjak si ku berempat tu aku ambik daripada seorang rakan yang hendak membuangnya. Entah kerana penyakit memang selama ini terpendam atau dek alahan bulu2 kucing yang berterbangan.....

Aku memang tak ada hati kat hewan yang luruh2 bulu, sementelah pulak  abang memang elegi, asma semasa kecil. Dua hari sebelum sekolah dibuka, aku terpaksa membuang dua ekor kucing kakak dan adik. Comel. Masing2 sebak dan terasa berat hatilah sangat. Aku yang memang tak gemor pun rasa sedih sangatt.... apatah lagilah mereka berdua yang dok basuh, mandi dan mendukungnya setiap hari. Rasa bersalah sangat kerana terpaksa meregut kebahagiaan mereka.

Yang dua ekor tu aku simpan kerana mereka nampaknya aktif berkejar-kejaran...orang kata menikus. Sesuailah mereka menjadi pengawal pemerhati di halamanku. Almaklumlah dah beberapa kali sang ular cuba mencerohoh. Apapun kepada kakak dan adik, umi mohon maaf, ikutkan hati umi nak ambil semula mereka berdua tu... Sebenarnya dua tiga hari jugalah aku dan hubby meronda pasar tempat pembuangan dulu, tapi hampeh... aku mereka telah diambil orang sedangkan banyak kucing yang berkeliaran di dalam pasar. Yalah kucing bersih, sihat dan gemuk saper tak geramkan?

Apapun sori, umi  terpaksa memilih jalan itu demi kasih sayang pada keluarga yakni abah. Kakak dan adik pun begitukan. Terima kasih kerana berkorban perasaan kalian. Allah jua membalasnya.



Friday, 27 December 2013

Pengiraan Zakat Pendapatan Sepintas Lalu

Biasanya aku selesaikan kewajipan ni pabila hujung tahun. Tau sebab apa? sebabnya;
1. kaunter zakat MAIDAM akan dibuka 7 hari seminggu dari 8.00 hingga 5.00 petang. So, mesra pembayar kan.
2. nak kurangkan bayaran cukai pendapatan tahun semasa.
3.sebab gaji baru masuk... nak bayar awal macam mananya kalau duit kering   memanjang.

Di sini aku nak kongsikan cara-cara mengira zakat pendapatan di Terengganu.
1. Jumlahkan semua duit gaji, campur bonus dan tunggakan.
2. Tolakkan jumlah di atas dengan potongan simpanan Tabung Haji, jumlah pemberian kepada ibu bapa dan diri sendiri sebanyak RM8000.00 ( pembayar wanita ).
Kalau suami tolakkan lagi dengan RM5000 ( isteri) dan anak-anak sebanyak seribu seorang.
3. Jumlah baki tadi didarabkan dengan 2.5%, maka itulah yang kena bayar.
4. Contohnya : Jumlah pendapatan   RM50000.00
    Tolak Potongan TH setahun          RM  2000.00
    Tolak pemberian kepada parents RM  3000.00
    Diri sendiri                                      RM  8000.00
    Baki                                                 RM37000.00   

    Makanya RM37000.00 x 2.5% = RM925.00  

Pengiraan di atas adalah sebagai panduan saja untuk menyenangkan kita buat anggaran dan bawa duit siap-siap. Kalau nak lagi jelas, sila ke kaunter zakat. Oh ya, sebagai ingatan jumlah emas pakai yang wajib zakat adalah pabila beratnya melebihi 850g.  Wow dekat sekilo tuh. Hati aku tertanya-tanay jugak ada ke insan yang bernama perempuan yang sanggup mendera diri dengan membawa beban seberat itu? Apa pun, perlu diingatkan jugak, lain negeri lain urufnya.


Thursday, 26 December 2013

Selama Mana Kita Setia

25/12/13
Aku sangat yakin dan percaya setiap orang di Malaya ni ada paling kurang satu telepon. Ramai yang dah ada dua dan tiga, terpulang kepada keperluan dan kekayaan masing-masing. Gajet ni sentiasa berlari dengan model2 baharu sehinggakan aku tertinggal teramat jauuuuuhhh ke belakang. Alamak! kalah teruk aku. Sebenarnya aku selalu menafikan akan keperluan punyai gajet2 canggih ni sebab melampaui gaya hidupku. Lagipun harganya mahal sangat....

Adakah aku seorang yang pasif dan anti klimax? Oh tidakk.. aku ada naluri nak punya telepon yang sentiasa terkini selalu namun hapakan daya...jodoh tiada. Tapi aku bersyukur dengan apa yang ada. Orang kata, belajar menghargai dan mencintai apa yang jadi milik kita...nak kata gi mana lagi deh.

 


 
  Galaxy Note 3 dan Samsung Grand Quattro
Oh... hensemnya. Kalau aku kaya hari-hari hari raya... setakat macam ini, aku belanja selamba.

Kini dah dua tahun aku cuba setia dengan galaxy ace aku. Rakan-rakan sekerja dah mula pegang yang lebih besar punya tapi aku masih selesa dengan yang kecil, tak payah nak kembangkan jari-jari. Tapi kan...biasanya ikut kalendar masehi, dua tahun sekali aku terpaksa tukar henpon sebabnya ada-ada jer yang spoil. Kali ni barang antik tu dah mula tak berapa nak sensitif, nak cari kontek punyalah susah... buat hal dah. Tapi kan, dalam hatiku ada taman. He..he..