Friday 3 January 2014

Maafkan Umi...

Hai sejak membela kucing ni aku dah tak boleh sabar dengan perangai si kucing yang berak di depan rumah. Sakitnya hati... kalau selama sekolah cuti adalah bebudak yang bertugas menyahkan tinja itu, tapi kini segalanya tertanggung di pundakku. Abahnya pulak terserang dek penyakit lelah semenjak si ku berempat tu aku ambik daripada seorang rakan yang hendak membuangnya. Entah kerana penyakit memang selama ini terpendam atau dek alahan bulu2 kucing yang berterbangan.....

Aku memang tak ada hati kat hewan yang luruh2 bulu, sementelah pulak  abang memang elegi, asma semasa kecil. Dua hari sebelum sekolah dibuka, aku terpaksa membuang dua ekor kucing kakak dan adik. Comel. Masing2 sebak dan terasa berat hatilah sangat. Aku yang memang tak gemor pun rasa sedih sangatt.... apatah lagilah mereka berdua yang dok basuh, mandi dan mendukungnya setiap hari. Rasa bersalah sangat kerana terpaksa meregut kebahagiaan mereka.

Yang dua ekor tu aku simpan kerana mereka nampaknya aktif berkejar-kejaran...orang kata menikus. Sesuailah mereka menjadi pengawal pemerhati di halamanku. Almaklumlah dah beberapa kali sang ular cuba mencerohoh. Apapun kepada kakak dan adik, umi mohon maaf, ikutkan hati umi nak ambil semula mereka berdua tu... Sebenarnya dua tiga hari jugalah aku dan hubby meronda pasar tempat pembuangan dulu, tapi hampeh... aku mereka telah diambil orang sedangkan banyak kucing yang berkeliaran di dalam pasar. Yalah kucing bersih, sihat dan gemuk saper tak geramkan?

Apapun sori, umi  terpaksa memilih jalan itu demi kasih sayang pada keluarga yakni abah. Kakak dan adik pun begitukan. Terima kasih kerana berkorban perasaan kalian. Allah jua membalasnya.



No comments: