Saturday, 28 September 2013

Doa Naik Kenderaan


Artinya : "Maha Suci Zat Yang Memudahkan kenderaan ini bagi kami, 
sedangkan kami tidak dapat memudahkannya dan kepada Tuhan kami kembali".

Nak naik kereta motor tu eloklah baca doa ni. Mudah-mudahan kita tidak alpa semasa di perjalanan, selamat pergi dan kembali. Amin
.

Friday, 27 September 2013

Lagi Perihal Vietnam

1. Tak perlu tukar duit banyak2. Aku cuma tukar 2 juta dong untuk beli buah dan air. Tak 
    tukar langsung USD. Ringgit Malaysia diterima pakai di sana.

2. Orang Vietnam kecil molek dan langsing2. Aku dah jadi giant kat sana.

3. Jangan packing barang guna beg tarik super besar tuh, sebab nanti sangkut kat 
    imigresen sana. Masa beratur nak balik, ada grup yang bawa 2 beg besar sangkut. 
    Dalam flight aku tanya apahal? dia jawab beri duit RM50, beres.

4. Tak ada kiosk web check in kat airport sana.

5. Orang vietnam sangat up date tentang peti besi sebab mereka suka simpan duit kat 
    rumah. Banyak kedai jual peti besi dari saiz kecil hinggalah besar seperti almari baju.

6. Sila silangkan beg anda. Jangan leka dengan lautan motosikal tu. Ada kawan kena  
    ragut secara berhemah sehingga diapun tak sedar masa bila handbag dan kamera 
    dlsrnya hilang. Sedar2 tudungnya hampir tercabut.

7. Pastikan bagasi anda tidak melebihi had yang dibeli. lebih kilo  kena USD18 = RM50/kg.
    Bayangkan... sila pinjam penimbang kat hotel.

8. Survey jugak barang2 dalam kedai kerana harganya lebih kurang. Aku dapat lebih 
    murah.

9. Hati-hati membeli barang kulit. Aku beli sandal, esoknya masa nak pakai rupanya kulit 
    babi. Ishhh. Aku berikan dengan ikhlas kepada cleaner hotel Suka sangat dia.

.....sekian....

Sunday, 22 September 2013

Ho Chi Minh - Chu Ci Tunnel

Naik bas mini lagi. Hari ni ke destinasi terakhir, Chu Ci Tunnel ( sebut Guci) iaitu terowong yang dibina oleh askar Vietnam ketika perang dengan Amerika tahun 1980-an. Sangat kagum dengan semangat dan daya kreativiti mereka yang sedaya upaya menentang musuh. Akhirnya penceroboh berundur tanpa menang!
 
lubang terowong yang dahulu sangat sempit, hanya muat2 badan orang Vietnam yang kecik. Tapi sekarang diperbesar saiz supaya turis luar dapat merasa suasana dalam terowong yang sempit, gelap, panas dan hazab. Aku tak lepas peluang... masuk gak. Membongkok ada, jalan itik pun ada. Cepat2 keluar ikut lubang terdekat. Hah... legaa. Ada sesetengah terowong yang sampai kena meniarap dan merangkap. Hah... bayangkan betapa cekalnya askar2 tuh yang terpaksa underground untuk ke bilik mesyuarat, bilik makan, teater dsb.
koleksi bom. 250 kg pon ada nih. Bayangkan sekali digugurkan berapa yang menjadi roh... Orang Vietnam banyak guna pakai semula benda2 ni untuk buat perangkap yang pelbagai jenis dan boleh memautkan musuh.
 budak ni teruja lah naik kete kebal tak bergerak ni.
 lubang lagi. Contoh lubang asal terowong sebelum diresizekan menjadi seperti gambar paling atas. Aku tak berani masuk sebab takut tersangkut.
 
pondok2 begini banyak dibina bersambung dengan terowong sebagai tempat makan, bilik mesyuarat dll.

Kakiku sangat lenguh. Bestnya kalau dapat katil.


Ho Chi Minh - Ben Thanh

Balik dari Chu Ci, rehat kat bilik kejap... cepat2 siap walau mengheret kaki, tapi mesti kuatkan semangat sebab hari ni barulah aku berkesempatan meredah pasar yang menjadi menu wajib jika ke sini. Macam pasar Kedai Payang gaya. Cuma barangan dijual yang berbeza. Barang jualan di sini sudah tentulah kain koton, telekung sulam2, baju kurung, beg2 sulam dan aneka macam lagi. Tunggu bawak duit bebanyaklah. Jangan risau kalau tak terer cakap omputih, belasah ajer cakap Melayu. Gerenti barang boleh bertukar menjadi milik kita punya.

 kat belakang tu pasar Ben Than ( sebutan seperti bentang... bentang tikar tuh)
baju ni ulang tayang masa datang. Tak bawak banyak sebab ingat nak beli aje kat sini. Tapi mesti diingat, orang sini kecik molek aja. Makanya saiz super cam aku... susah ataupun x der.  Rilek jer bukan orang tau pun. Ajaibnya wangiiii jer.. ha.
Pasar ni ada lorong2 bagi jualan barangan tertentu. Lorong 4 untuk kain, kain dan kain. Memang sesuai untuk wanita yang gila baju cotton. Harganya murah. Tapi kan aku tidak termasuk dalam golongan wanita yang ketagih membeli. Hasilnya satu apa barang pun aku tak beli. Sesuailah juga, aku datang sini hanya nak berjalan2 sambil...... 
sambil membeli yang aku SUKA! Hey Ladies kan..
Aku suka tengok gelagat peniaga kat situ. Tak jemu2 meraih perhatian pelanggan. Mereka agak agresiflah sampai tarik2 tangan. Tangan2 menggapai dari kiri dan kanan. Mulut mereka memanggil2 kakak... abang... abang sayang pun lagi. Kagum aku akan keagresifan mereka mencari duit. Sebenarnya sesak nafas jugak dibuatnya.

Ho Chi Minh - Mekong

Mekong Delta dan Pulau Penyu ( My Tho dan Turtle Island)


Masa untuk ke Mekong Delta dan seangkatannya. Macam biasa, penjaja ada kat mana2. Ada tu jual jual 7 beg telekung dengan harga RM50. Agak menarik tapi tak sempat nak nengok sebab bas mini yang akan membawa kami ke Mekong udah sampe. Penjaja nampak kecewa. Esok yeh!

Saper2 yang nak pergi ke Mekong ni boleh berurusan saja dengan pihak hotel USD10 rasanya untuk bas. Untuk tiket VD90,000. Kami naik bas mini lebih kurang sejam. Sebelum tu singgah kat cafe ala2 RR tu untuk pekena kopi dan buang2. Ps: kopinya sangat sedap. Pemandangan di sini sangat cantik. Suka.
Dah sampai. Bukan naik feri yang besar tu. Naik bot penambang saja merentasi Sg. Mekong ke Pulau Penyu. Ngape air sungai Mekong ni keruhh je. Naik bot lebih kurang setengah jam sebelum sampai ke Taman Lebah.
Di taman lebah ni, kami dihidangkan dengan madu yang dicampur ngan limau kasturi. free aje. Lepas tu kalau nak beli produk lebah tu silalah beli... kalau tak mo tak pe. Aku tak beli pon sebab berjimat. Lagipun kat Malaysiakan berlambak2. Pas tu, naik bot lagi ke...
Ni pulak adegan di taman buah-buahan katanya. Tapi aku tak nampak pun buah2 lain kecuali yang dihidang di atas meja. Di sini free juga. Cumanya adalah beberapa penyanyi tempatan yang mendendangkan lagu2 tempatan dan Si Jantung Hati. Pas tu bagi tips lah kalau bermurah hati. Walau bagaimana pun, mereka ni lebih mendahulukan pelancong mat saleh untuk menperdengarkan suara mersiknya.  Ada aku kisah?

 pusat pembuatan kandi kelapa. Aku tak terbuka hati walaupun ada free utk dirasa.
Cuka apa nih? ropanya wain berintikan ular senduk dan jengking.
dibawa naik kereta kuda pusing2 kampung. Duduk mengadap peha anak dara China. 
hai Abohhh...
 
naik sampan ke tempat penambang tadi menanti. Cuak juga nak naik. Tapi sungai ni sempit aje. Tawakkallah. Oh ye... tiba2 je masa habis makan buah, hujan turun rerintik. Makanya terebanglah duit RM2 seorang beli baju hujan polka nih. Sangat lawak jenaka pulak.