Monday 8 June 2015

Jimba Cuti Sekolah

Selamat petang. Sudah berkapuk blog bingkisan hatiku ini menyepi. Budak-budak sekolah dan para guru dapat kiranya bercuti panjang. Adalah disyorkan para ibu bapa semuanya membawa anak-anak tercinta makan angin. Alahh... dekat-dekat pon oke asal dapat tukar angin dan refresh minda. Dok gitu e??
Akak?? Sempena nak menghantar abang ke UITM Perak untuk buat diplomanya... akak sebagai perancang bandar dan wilayah autonomi... hihi merapu.. membuat perancangan untuk:
1. Berjimba sukaria di Floria Putrajaya tuh... lama sudah aku mengidam. Kali ni insya-Allah.
2. Ke Perak secara rasmi
3. Terus berpeleseran ke Perlis Indera Kayangan... harap mangga harumanis tu menantiku dengan senyumannn.

Floria
Sewa homestay bajet kat Bangi RM170 dua malam. Selesa untuk kami 5 beranak.
 Mesti berganbar2 kat trademark ni. Petang kelmarin sudah datang sini tapi ronda2 kat luar ajer. Tiket masuk rm3 dan seringgit untuk kanak2 riang. Berbaloi-baloi si ikan kaloi.
 Banyak sangat munga2 yang cantik menarik. Rasa nak letak semua gegambar...
Lagi dalam hati ada taman.

No comments: