Thursday 25 June 2015

Bantual Awal IPTA/IPTS Yayasan Terengganu

Abang mohon bantuan ni setelah dia diterima masuk ke UITM Seri Iskandar untuk buat diploma. Maka banyaklah persediaan yang perlu diselesaikan terutama yang berkaitan wang. Nasib baik sangatlah ada Yayasan Terengganu yang prihatin kepada anak2 yang nak belajar. Terima kasih.

Patutnya duit tu diambil di TERR tapi memandangkan tarikh tu kami anak beranak masih dalam pelan berpeleseran di Utara, maka kelmarin baru berkesempatan mengambilnya walaupun masa sampai tu semput sangat. Almaklum bulan puasa ni pejabat tutup awal sikit. Masih sempat kujeling jam... masa tu pukul 3.25 petang. Membebel jugaklah mulut2 comel upahan kerajaan negeri tu. Haha...sori. Akakpon berkejar jugak tadi tapi sudah jaraknya jauh kan.


RM750 untuk bantuan belajar. RM500 lagi tu untuk bantuan beli komputer. Wahh... terima kasih. Oh ya... nok royat ni... bantuan ni terbuka kepada rakyat dan pemastautin Terengganu tanpa kira kaum deh.

No comments: