Tuesday 30 June 2015

Ikan Siakap Masam Manis Kuini

Sempena Ramadan bulan berkat ni, ramai suri rumah yang terasah kemahiran memasak yang kian menumpul sebab lama tersimpan. Yalah... apabila ansk2 kecil turut berpuasa, semestinya kita sebagai ibu bapa cuba sediakan menu yang up sikitlah sebagai ganjaran. Ayahnya pon sama kan macam-macam teringinnya. Ikhlaskan ya ibu2 ... besar pahala tu.

Dalam wasap group tu dah macam medan tayang kehandalan. Akupon sama... hihihu. Bukan nak menunjuk2 tapi sekadar kongsi idea dan selebihnya suka suki saja sebab gambar budu belacan pun ada. Seronok dan sekaligus menggalakkan kaum hawa masak sendiri.

Hari ni nak kongsi resepi ringkas ikan masam manis. Yang spesialnya ada buah kuini menggantikan nanas.

Resepi:
1 ekor ikan siakap sedang, dibersihkan dan dilumur dengan garam. Pas tu lumur telur putih. Masa basah2 tu lumurkan tepung jagung.
Bahan tumis
1 labu besar bawang hollang dihiris dadu
3 ulas bawang putih dicincang
1 biji tomato didadu
2 sb cili boh
1 sb tepung jagung
Sedikit manisan
Garam
1 kiub ayam
Minyak

Bahan Tabur
1 biji kuini yang didadu


Cara
1. Goreng ikan di dalam minyak yang banyak. Ketepikan. Akak suka kalau garing.
2. Gunakan minyak lebihan gorengan ikan tadi, umis cili, bawang. Apabila layu masukkan tomato. Masukkan kiub, manisan, perasa dan garam.
3. Tuang kuah ke atas ikan ataupun masukkan ijan dalam kuah.
4. Taburkan buah kuini di sekeliling ikan. Nah siap. Mudah kan.

Selain daripada kuini, biasanya chef2 di rumah yang bubuh laici. Sehati suka sajalah.

No comments: