Wednesday 8 October 2014

Secawan Teh Adik Selaut Kasih Umi

Minuman teh o memang peberet kami sekeluarga terutamanya adik. Memang klasik sikit cinta dan rasanya. Orang lain geger dengan kopi 3 dalam satu tapi dia tetap ode teh o. Gitu.

Biasanya sesudah makan dia akan tanya... teh o tak ada ke? Selamba jer. Aduhai aku yang tak bermood membancuh air2 ni terpaksalah melayan kehendaknya. Sudah dia saja yang ada kat rumah. Kalau ada kakak... dia yang akan jadi PA adik. Ngee.

Malam ni lain pulak dia. Beriya2 dia merebus air dalam cerek elektrik tanpa tanya emak ayah dulu. Pas tu tanya nak buat air dalam jag ke dalam cawan je. Dalam jag kecik tu sudah...

Umi tak mboh rasa air adik buat ke?? Alahai... mestilah nak. Susah payah dia membawa cawan berisi air teh o panas kepadaku. Mahu aku tolak kegembiraannya itu... tidaaak. Namun aku tidak sempat menyelia cara pembuatannya dari aspek kebersihan dek kerana terlalu mengantuk. Tak per lah. 

Mmm... sedap air adik. Pandai sudah boleh kawin, saja aku mengusiknya.

Terima kasih wahai anak. Dah pandai berdikari rupanya. Mungkin dia terinspirasi dengan kegigihan kakak buat kek cawan kelmarin. Terharu.

1 comment:

Noor Maizan said...

saya pun suka teh o, tapi sejak tahu kebaikan teh hijau, selalu layan teh hijau tanpa gula pula, hehe