Thursday 9 October 2014

Allah Memberi Lebih...

Aku memang berminat dengan kobsep bersedekah untuk memanggil rezeki ni. Kalau zakat boleh menyuburkan harta, maka bersedekah pula melipatgandakannrezeki.

Sejak banyak membaca tentang kebaikannya... maka aku cuba amalkan. Alaa kecil kecilan saja.

Baru2 ni aku dikehendaki membayar sejumlah wang kepada sebuah syarikat. Memang aku sudah bank in kan duitnya. Namun masih ada baki. Pabila ke pejabat untuk menjelaskan baki, kami suami isteri terpaksa mengorek sana sini untuk mencukupkan. Ah... cukup boh... legaa.

Setelah kutunjukkan slip bayaran... pegawai di situ bertanya, akak bayar lebih ke?... eh tidak kataku seraya mengeleng. Tak cukup lagi la.

Setelah mengetik2 kalkulator, dia menelefon ibu pejabatnya. Memang lebih dan dia isikan borang refund. Biar betul? Betulla kak!.. Aku berfikir2 mengapa jadi begitu. Pas tu kata... ada diskaun. Entahlah.. tak perlah. Jangan tak cukup sudah.

Maknanya hari ni duitku 500 tu selamat. Malahan dapat pulak refund 500 lebih. Syukur alhamdulillah.

No comments: