Monday 6 October 2014

Apabila Anak Dara ke Dapur

Entri ni saja nak highlightkan kakak. Entah apa mimpi tiba2 beriya dia nak buat cupcake sendiri seratus peratus air tangannya. Baguslah sebab aku memang malas dengan lemak mentega marjerin bagai.

Maka membakinglah dia dari a-z diselang seli dengan taklimat pedas sinis berbisaku kerana dia tak redi kan segala bahan di satu tempat. Asyik bangun duduk saja mencapai bahan dan alat. Pantang aku buat kerja dengan membazir tenaga begitu saja. Kena jaga kesihatan sendi jugak hokey.



Bukan sahaja cantik... sedap secukup rasa.

Di sini aku nak turunkan tips untuk kakak untuk jimatkan tenaga dan masa. Kos logistik dan wang rasanya tidak mempengaruhi langsung. Harap kakak dapat hafal... nanti balik umi buat kuiz. Ok.
1. Baca dan fahamkan resepi.
2. Pilih lokasi yang sesuai dan alas dengan surat khabar lama. Surat cinta tak layan.
3. Kumpulkan bahan dan alat di situ.
4. Sambungkan soket ke ketuhar.
5. Tebuk/buka bahan2 yang bertin.
6. Letakkan buku resepi di sebelah untuk rujukan.
7. Mulakanlah membaking dengan bismillah dan dengan perasaan yang gembira.
8. Apabila siap... bangun dan panaskan oven. Nak lebih bagus kalau mintak tolong orang lain buat preheat.
9. Bakar.
10. Kemaskan peralatan. Basuh dengan segera dan jangan campur dengan bekas2 lain kerana lemaknya boleh menjangkiti.
11. Kemaskan tapak projek tadi.
12. Lap dan sapu. Beres.

Kita kalau memasak ke apa di dapur... pastikan dikemas balik sepertinya tiada aktiviti renyah berlaku. Tau taunya sudah siap kek atau menu kita. Kan bijak gitu.

Tapi hari ini... nampak gayanya akulah kena kemaskan segala benda. Ish ish. Tapi umi maafkan sebab panduan belum siap... hehe. Sebenarnya aku terpaksa paham yang dia kena pulang ke asrama petang nanti. Memang tak sempat ah. Lain kali kena mula awal pagi ye.

Umi kena kemas ke?? Huhu...


2 comments:

nurbijen said...

Akhirnya umi yang kena kemas... hehehe
kakak, take note nota umi ni tau...

che dai said...

Haha...terima kasih ya nur.