Sunday 5 October 2014

Hajat Ke Munduk...kena tunda lagi

Pertama kali ajak encik hubby untuk ke Pekan Mundok... spontan dia mengeleng seraya menjawab; tak mboh. Grrr...geram betul aku.
Dari Jumaat ke Jumaat lah aku memujuknya untuk ke sana sebab hasrat ke sana begitu menggebu.

Akhirnya Jumaat kelmarin... cita2ku hampir tercapai nampaknya. Abah macam beri lampu hijau. Yesss.... namun... ish ish... abang pulak tak jadi balik rumah hari Khamis. Nampak gaya tak ada cans la sebab esok kena ambik dia. Waaa.

Alih2 kelmarin dapat mesej daripada kawan tentang bot di Sungai Mundok itu terbalik. 15 orang hanyut dan seorang mati lemas. Innalillahi....

Dalam hati...  patutpon aboh berat hati saja nak ke situ. Fuhhh... tak mboh lawan cakap aboh lagi. Sori... selamat hari raya Haji. Maaf zahir batin.

No comments: