Wednesday 25 December 2013

@ Pangkor Beach


Bangun awal sikitlah mek awang weh. Wakru makan pagi jam 8.00 hingga 10 pagi. Free untuk dua orang dewasa. Anak-anak kena tambah RM10 seorang. Makan nasi lemak ke nasi dagang ni eh? tapi lauknya mestilah bilis ( kan pulau ni kaya dengan khazanah ikan bilis... bilis mata biru lagi you ). Aktiviti kena serba pantas sebab chek out kul 12.00 tengah hari ( c.in kul 3.00 ptg ). Syyy.. tak payah mandi dulu sebab jom kita pergi mandi laut sambil nyelam2 gitu...
macam2 aktiviti air ( water sport ) yang disediakan oleh pihak resort. Tinggal pilih dan bayau ajer. Tapi kalau rajin, ambil pakej kat pantai ajer, sebab kadang-kadang lebih murah. Janji mulut mesti manis dan ringan. Nak pergi ke Pulau Impian?? ( Hoping Island) kena naik bot 15 hinggit seorang lengkap dengan jaket, gogle dan kasut kalis kulit kerang dan teritip. Penting sangat benda ni.
 oh indahnya waktu pagi.... meh mandi dan mandi sambil minum air laut.
Jejak-jejak di pantai, bukti. Nak ke sini tak payah nak bergaya dengan kasut mahal-mahal. Pakai selipar ajer dari jeti. Aku punya 8.90 jer. Yang lain tu selipar buruk dari rumah, kalau putus kena kejar ayam untuk pinjam kaki dia le.

Sebonarnya, menyelam kat sini tak berapa best sebab kena main tepi2 ajer, nak pergi tempat dalam takut dilanggar bot sebab depa tu sibuk masuk keluar hantar orang. Kang hilang tempurung kelapa @ kepala sebelah. guana tu?


 Aboh masih tersengih keriangan. Kah..
balik dari pulau tu, jom rendam-rendam matikan kuman dan bakteria. Maka ranaplah segala kurap dan panau... hehhh. Tapi kan, dalam Hikayat Malim Deman ( sastera tingkatan 5 dolu.) kulit berpanaulah cantik, siap gonyoh dengan lipau nipis supaya terserlah bunga-bunga kat kulit. gituw.
sambung main air dalam kolam pulak. Jangan biarkan kolam resort ni jernih saja airnya, ayuh kak keruhkan dengan daki kita. Yeaaaa.
Saat terpaksa daku pergi. Tak boleh duduk lama2 sebab duit semakin sikit. Almaklumkan jalan2 berkonsepkan bajet saja. Ibarat touch and go.

No comments: