Monday 3 December 2012

Sarawak Part 3


Makan Yang Sedap di Top Spot
 Banyak gerai yang menjual pelbagai jenis makanan. Yang popular semestinya makanan laut yang segar bugar. terbaik dari ladang. Si ketamnya bergerak2 nak lari agaknya.
Setiap tanda nama kedai ada tulisan cina. Ini yang aku agak cuak. Cair mulut kot2 termasuk kedai cina non muslim. Uhhh segar...
Encik Kay mintak pucuk paku goreng. Alah... tradisional sungguh lah yu. Kat kampung melambak2 sayur nih. Hish. Tapi katanya, kat sini femes sayur pucuk paku dan midin. Oh..ai si. Spesialnya, pucuk paku kat sini memang pucuk muda... ala yang kerinting lagi. Kalau kat tempat aku, ada peniaga siap jual dengan daun kembang dan batang keras lagi. Nak cepat kaya...
 uhhh... sedap2. 
Masakan orang Sarawak semuanya sedap di tekak aku tapi tom yamnya kurang ngetop sikit. Mungkin jaraknya yang jauh dari Siam membuatkan tom yam semenanjung lebih kaw. Satu lagi, udang menteganya tak habis dimakan oleh kitak sebab terlalu manis. Aku oder umai setelah dipromosikan oleh peniaga. Umai? ikan mentah yang dibuat macam kerabu. Hu... bestt. regenya RM18 sepiring. Anak beranak suka sebab sedappp.

Makan di Kubah Ria
Tempat ni baru dibuka.Macam mall. Ada deretan kedai makan yang nampak sedap, tapi, macam biasa kena hati2lah sebabnya rupa diorang lebih kurang aja. Kalau kedai muslim biasanya ada bingkai Allah Muhammad.

 sementara jalan2 cari tempat makan yang sesuai... jumpa pameran buku.
Beli buku2 ni. Ada diskaun. Ngaper lepas diskaun sama jer harganya? tanyaku pada penjual. Oh... lupa pulaks, harga sini kan up sikit sebab buku2 tu naik kapal. Lepas potongan baru dapat rege macam semenanjung. He.. malu.
ode menu ni. Nasi goreng Gila Kasih. kiranya masakan yang paling pedas... sesuai namanya. Memang pedas siot hingga abang yang macho pun berair mata jantannya. Sebelah tu namanya Sup Super Power. Sedaapp. Telur dadar tak dap. Sori yer Sarawakian, ai ni telus.

Pasar Ikan Terubuk
jalan2 kat pasar tuk beli ikan terubuk (nama pasar tu sebenarnya tak tau...)Dari mula booking tiket ke sini, aku dah terbayang2 ikan terubuk. Mestilah beli. Ikan terubuk segar RM15 seekor dan yang masin RM7 seekor. Pandai loyar dapatlah hadiah2 gratis... percuma.
jambu air hijau, RM4 sekilo. Jambu ni susah nak cari kat tempat aku. Masih ku ingat, masa mengandung kakak aku mengidam2 nak makan jambu ni. Tiba2 esok terjumpa sebiji jambu ni di halaman rumah. Sungguh magik!! aku agak jambu tu terlepas dari cengkaman sang kelawar. Ahh... kelawar tak kelawar, aku makan jugak. Nasih baik kakak tak jadi batman. he.

Nak Balik Dahh...

 bergambar dengan En.Jali, pemandu van yang berhemah dan ramah. Terima kasih kitak.
 macam biasa, adik dan aksi lagak superstarnya.

sementara tunggu naik belon, urut kaki dulu. Rm1 untuk 3 minit. Ah leganya... Malam tadi duk bincang dengan hubby berkira2 nak beli ah mesin urut gini. Ingat murah ker... saja angan-angan kata Raja Ema. Ingat lagi Raja Ema yang cantik menawan biarpun berusia seperti aku.
Selamat tinggal Bumi Kenyalang. Kami akan datang lagi kepadamu. Insya-Allah. Bye.


No comments: