Sunday 23 December 2012

Banjir yang Tragis

Musim cuti sekolah panjang dah nak sampai ke penghujung. Tak sampai sepuluh hari lagi, persekolahan akan bermula. Ramai murid  dan cikgu semakin bermalas-malasan nak ke sekolah. Jangan maree... gurau aje. 

Musim hujan nampaknya baru saja tiba kat tempat aku. Hujan turun mencurah2 tak henti. Kain kat sidaian, kalau sejuk2 sikit tu dah kira kering lah. Nak keluar rumah pun rasa seer...(segan kata orang putih!).

Kelmarin aku nak ke kampung sebelah lalu jalan depan rumahku. Sampainya di pertengahan jalan, nampak air banyak atas jalan. Nak redah ke tidak? Pusing semulalah bang...

Teringat aku peristiwa beberapa tahun lepas. Alkisahnya pada suatu malam hujan lebat, sepasang suami isteri berkereta hendak ke hospital kerana si isteri sakit perut nak beranak. Jalan besar banjir, maka mereka pon lalulah ikut jalan depan rumah aku memandangkan tiada papan tanda yang menunjukkan jalan ditutup (bukan tak ada, rupanya papan tanda tersebut terbalik menyebabkan mereka tidak perasan...mungkin keadaan terdesak dan panik agaknya..) Pergilah mereka berdua... ketika menuruni jalan berbukit, tiba2 saja terbentang di depan mata lautan air banjir. Ya Allah... terus kereta mereka masuk ke air. Bayangkan!

Bertungkus lumuslah mereka berdua untuk menyelamatkan diri. Si suami apatah lagi, berusaha menyelamatkan nyawa isteri dan anak dalam kandungan. Apalah daya manusia melawan arus air... makanya merayulah isteri meminta agar si suami pergilah menyelamatkan diri dan biarkanlah dia di situ berserah kepada suratan takdir....

Esoknya, hebohlah satu kampung dengan penemuan mayat wanita mengandung tersangkut di tepi pokok2. Begitulah akhirnya kisah pengorbanan dan kasih sayang sepasang suami isteri. Semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yang mati syahid. Amin.


No comments: