Wednesday 5 December 2012

Kali Pertama Kucabut Gigi


Pernah cabut gigi? aku percaya yang sudah hilang gigi waima sebatang. bukan tak sayang, tapi tak sanggup merana akibat sakit gigi.
Dah lama sudah sindrom sakit gigi melanda aku. Sekejap on.. makanya tak sabau2 ke klinik nak cabut. Pabila makan ubat... off pulak dan niat tu tertangguh. Akhirnya aku nekad.... hey... aku nak cabut gigi!!

Pembantu doktor panggil aku masuk....
Mengapa bengkak tak surut2 lagi, awak ada penyakit lain ke?
Penyakit lain aper dok?
Kencing manis ke?
tak ada...
Patutnya kena makan ubat dulu...
Kan saya dah datang klinik ni 2 minggu lepas, so dah makan ubat.
Bukan aper takut awak yang sakit selepas ni...
alaa... cabut ajer lah.
(degilll)

Pas tuh, doktor bagi ubat bius. Sebelum tu kena sain kad.
Ngaper kena sain2 ni, macam nak mati ajer?
Ala... tu prosedur biasa pabila nak doktor nak keluarkan ubat bius.
Ooo...

Doktor bagi 4 cucuk ubat bius kat gusi ( takkan cucuk kat gigi pulak..he). Doktor kata, yang ni sakit... lepas tu yang pon sakit sikit... jadinya semua 4 batang tu sakit belaka. Orang kata jarum pertama ajer yang sakit. TAK BETUL bagiku. Pas tu aku disuruh makan dua pil, satu antibiotik dan ubat tahan sakit.

Suasana senyap seketika. Bimbang pulak aku kalau2 ubat bius ni hilang kesannya padaku. Makanya aku beritahu doktor yang rasa kebas makin nak hilang.... amboi, orang lain tahan 10 jam, awak dah hilang? sindir tuan doktor. He... bukan apa, saja2 berhati2... tak boleh aku bayangkan kalau doktor tu cabut gigi masa ubat bius dah tiada. 

Bismillahirrahmanirrahim.... bunyi krak, krak tanpa sakit. Masa doktor urut2 pipiku yang bengkak, dia cakap... gigi dah cabut. HAH?

Maka hilanglah sebutir mutiara yang menghiasi dalam mulutku.  Pengalaman aku ni mungkin sebenarnya tak sama dengan orang lain.


No comments: