Monday 23 April 2012

Lempang Anak Kekasih Sampai Koma

Aku baca berita sensasi nih dalam surat khabor kelmarin. Berlakunya di Manir, Terengganu. Dikatakan anak seorang wanita yang dalam proses bercerai dengan suaminya ditampar oleh kekasih ibunya itu. Ish..

Tahu saja lah kan, anak kecil ni banyak ragam dan kerenahnya. Mungkin kerana bosan akan anaknya... atau bosan dengan maknya, maka anak kecil yang jadi mangsa. Sampai koma budak tuh dikerjakan. Di mana sang ibu yang sepatutnya menjadi pelindung?? Takkan kerana asmara dana sanggup darah daging diperlakukan sebegitu.

Nampaknya kes tampar anak kekasih nih membuka cerita di sebaliknya. Dikatakan wanita janda... belum lagikan? telah tinggal bersama kekasihnya untuk beberapa lama... oh, sangat memalukan martabat wanita, apatah lagi yang bergelar janda yang masih memelihara maruah diri.

Dah terlanjur berkisah tentang janda, tiada salah dan dosanya menjadi janda. Daripada hidup tertekan dan derita dengan suami yang bermasalah, lebih baik rungkaikan saja ikatan. Bukan menggalakkan, tapi telah diizinkan Tuhan melalui talak. 

Tinggal saja, wanita janda kenalah kuat kan semangat dan jaga maruah. Betulkan niat dan teruskan hidup seperti biasa... dan apabila ditakdirkan ada jodoh, carilah pasangan yang boleh menjadi pohon yang menaungi hidup dunia dan akhirat....



No comments: