Tuesday, 24 December 2013

Ladang Teh Boh


Sapa2 yang datang sini mesti ke ladang teh boh. Jaraknya lebih kurang 4 km saja Brinchang.
amboi tak lepas peluang langsung, asyik sumbat telinga dengan menatang ni je. Dengar orang bertaranum ke dik? Cepat check out nak bergumba ke ladang teh pulak.
ku lihat hijau... Masuk ladang ni free je.
kereta kena park kat bawah ye. Makanya menapaklah kita nun ke atas sana. Kat atas tu ada Kafe Teh Boh dan kilang memproses teh. Kalau warga emas sepuluh tu sila pastikan ada anak cucu yang tegap dan bodi berkatang mengiringi deh. dinasihatkan agar jangan guna jalan pintas sebab ada juak pengunjung yang nak cepat, akhirnya kaki dan kasut bercomomoh dengan selut.

Setelah termengah2 dan tersemput2 naik maklumlah enjin lama, sampailah kita kat sini. Kali ni aku tak masuk ke kilang sebab dah pernah masuk dulu, masa tu harganya sama je ngan kedai biasa. Cumanya ada yang ekslusif saja dan semestinya mahal. 
Ala.. teh tetap teh jugak.
 nilah tujuannya naik kat sini, nak menikmati sarapan kek2 yang sedap ni sambil menghirup udara segar dari ladang serta mata tercuci dengan view yang hijau... Sepotong kek RM6.50 ke atas tapi berbaloi.
 kena beraturlah kak. Hah, tak ada duit kecillah pulak. Duit besar lagilah tak de. 
Aboh! help me.
Aku beli 3 potong kek dan 1 tart kelapa. 4 mug teh o bersamaan RM33.00. Dah cukup sebabnya awal pagi dah alas dengan roti gardenia sapu tuna. Kalau nak berjalan, makan kena bedal saja asal jadi tenaga untuk menjarah okay.


Cameron Highland 2

ni biliknya. Mula2 masuk ada bau... aku rasa macam bau orang, mungkin bau house keeping atau bau pekerja kat luar yang sedang mentenen pokok bunga. Masuk bilik kejap aje untuk solat, terus keluar ronda kawasan yang tak berapa nak sejuk kini.

Ingat nak ajak budak2 tu rasai sendiri pengalaman petik buah strawberi. Tapi hampeh sebab diberitahu ladang ditutup. Sebabnya? tak tahu tapi aku rasa sebab buah tak berapa nak banyak.  Apapon buah stoberi ni lagi power kan. Sape nak rasa, meh sini.


Pasar malam kat Star Regency. Macam-macam barang ada. Kalau yang tak hingat nak bawa baju sejuk tu boleh beli kat sini...yang tebal teramat pun ada. Jangan lupa beli sayur celup tepung seperti kincan dan ayam goreng kari. Auhhhh... rangup, sedapp. Kelihatannya semua orang pakai selipar jepun aje sebagai persediaan nak ke pulau. 
Pulau apa kak?.... tunggu episod jejak menapak seterusnya deh.

banyak gerai kat tepi sepanjang jalan. Sapa yang minat bantal2 stoberi untuk dipeluk tu marilah belikat sini. Tapi kan, lagi murah kat pasar malam. Contohnya bantal bunga ros, kat sini RM45 dua biji. Kat pasar malam RM15 satu. Aku tak beli, cuma dengar orang menawar saja,kalau aku menawar sampai kaw-kaw mau pitam peniaga sebab bukan aku nak beli sangat, kalau dapat harga yang aku nak, beli. Kalau tak, blah...

letih oo berjalan cuci-cuci mata ni, akhirnya beli jagung bakar. Herannya tak manis langsung aka tak sedap. Nyesal beli buat hitam gigi adalah.

Friday, 20 December 2013

Cuti Bajet Lagi

Cuti sekolah dah sampai ke paras merah. Dalam sepuluh hari lagi bermulalah episod baharu. Setakat ini cuti bebudak tu hanya melakukan rutin yang telah diwajibkan saja. Tau...mesti mereka bosan jugakkan. Kasihan.... akhirnya aku sebagai dalang utama  terpaksa  merancang aktiviti spontan  Seperti biasalah; percutian bajet.

Setelah bersiap siaga, malamnya aku tak dapat tidur pulak, asyik rasa tak sedap hati jer. Ya Allah.
Esoknya pula hujan renyai2...lagilah rasa nak kensel, abahnya aka pegawai pelaksana pulak nampak kurang sihat. So?... misi diteruskan jugak. ha..

Rancangnya dalam pukul enam pagi, kami nak gerak tapi terbabas jugak. Perjalanan ambil masa lebih kurang 7 jam campur ngan berenti2. Akhirnya kami sampai ke sini... sedang moleknya untuk check in hotel. Wah... terus teruja.

Setelah menempuh hari hujan dan mendung. 
Akhirnya awan gemawan yang cantik menanti kami...
  Nak ke mana ni... belok kanan lah abah. Kita kan nak test suhu samada  masih dingin atau tidak.
taraa... setelah edisi siasat berjalan, rupanya Country Lodge bersembunyi di belakang Balai Bomba ropanya. Resepsyenis tu bagitau bahawa bilik aku ni bawah tanah. Tak ada view sebab bila buka tingkap terus nampak benteng tanah. Kalau nak upgred kena tambah RM40, dapatlah bilik ada balkoni. Huk aloh... tak payah view2... aku nak tidur je. Lagipun nampak tanahlah ada insaf sikit. Masuk bilik tak berapa puas hati... harga taklah murah sangat, RM222 plus lagi 6 peratus.

Sebab apa pilih hotel ni? 
1. dekat dengan pasar malam. Jalan kaki ajer boleh pergi beli baju, makanan, buah dll. Jangan lupa kincan, asparagus dan macam2 sayur celup tepung. Terbaik.
2. dekat dengan Restoran Nik Ikan Bakar dan Tom Yam. Sedap tapi punyalah ramai orang sampai kena tunggu meja. Agak pelik terjadi kepada kami sebab lauk pauk sampai dulu sebelum nasi. Minum air perasa sayur dan cili sebab gelas berbau. Namun boleh telan jer sambil tahan napas.
3. boleh beli barang2 keperluan sebab dekat dengan kedai runcit TUKAR dan Guardian.
4. Beberapa langkah saja ke KFC, berita baik kepada penggemar dan penyokong.
5. Sebab hotel lain dah penuh...

Monday, 2 December 2013

Ubi Rebus Plus Kopi Panas...

Kalau anda sedang menghabiskan cuti tahunan, apa yang anda akan buat sepanjang2 hari. Ulang alik ke bandar hingga tak tahu apa nak dibeli dan nak diwindow atau kemas rumah tangga yang banyak tersimpan surat-surat khabar lama, bil air api yang sangat lapuk dan kad undangan perkahwinan dua tiga taun lepas yang si pengantin dah beranak pinak dua tiga orang, atau alih-alihkan perabot supaya suasana lebih segar bugar ( yang ni aku telah praktis... tapi masih nampak kuno sebab perabot2 masih lama dan cap ayam) atau berguling galak dari pintu bilik ke anjung rumah sebab nak habiskan masa. 

Arggg... rupanya cuti pun adakalanya membosankan.

Niat awalnya memang nak berjalan2 tapi masih tak merancang secara serius. Maklumlah musim hujan ni cuaca tak terjangkakan. Takut juga kalau terpaksa bergelimpangan di pusat pemindahan banjir di tempat orang! Penyakit jangan digoda. Pernah juga ketika aku dalam perjalanan pulang dari Johor, sesampai di Pekan air sungai dan melimpah. Nak harung air atau nak berhenti singgah rumah adik yang tinggal di situ. Dan kami membuat keputusan yang tepat dan jitu. Balik terus. Malamnya, dalam berita teve diwartakan seluruh Pekan dilanda banjir besar dan adik aku pun berpindah ke balai raya pada malam tuh. Hah... nasib baik.

Alamaks, panjangnya intro... sebenarnya nak cerita pasal ubi dan kopi jer. Hari ni tiba2 teringat pada menu klasik tu. biasalah kalau hujan saje mesti orang akan ingat makan ubi rebus ngan kopi o panas alangkan bes dan nikmat hikmat. Eleh.. macamlah aku biasa sangat. Bukan apa, masa aku kecik2 dulu mana lah ada sesi makan minum selain daripada makan nasi ikan singgang dan air sejuk. Paling standardpun air teh o serbuk teh yang dalam gelas kaca tu. Haa.. ingat tak?

Justeru kami berdua suami esteri pun menghabiskan minyak kereta lah untuk mencari ubi2 yang diidam mengalahkan ibu2 mengandung. Oh ya, kalau nak cari ubi ke ibu ubi ke mesti nak pergi kat Manir sebab sepanjang jalannya banyak orang menjual pelbagai spesis ubi dengan harga yang murah. Aku beli sekilo ubi keledek dan 2 kilo ubi kayu. Semuanya RM11.00 saja. Murah kan? aikk... jalan jauh2 beli sekilo jer? tak per, kalau nak makan lagi, datang pulak esok2. Akukan suka yang segar dari ladang. Minyak petrol mahal apa susah sebab still murah berbanding Indon dan Thai. Ha...ha.

Dan petang tadi, lengkaplah menu idamanku. Tapi kopinya pulak terlebey pekat dan pahit llepang ( sangat pahit)...


Sunday, 1 December 2013

Kau Yang Mengubah Segala

Pada suatu hari ada seorang polan datang ke tempat kerjaku untuk menjemput ke majlis perkahwinan dua orang anaknya. Hmm sekali lempar batu kena dua burunglah nampaknya. Aku kenal lah agak mendalam juga tentang penjemput itu tapi aku tidaklah berhasrat untuk pergi kerana dia mengajak secara umum saja. Letak satu kad dan siapa yang kenal maka dia yang kena. 

Aku tak berapa gemarlah akan kaedah moden itu kerana jiwa Melayu tradisi masih kental bergumpal dalam jiwa nuraniku. Nak menjemput tetamu padaku hendaklah bertemu muka selagi berupaya. Begitulah aku setiap kali nak jemput orang datang ke umah hatta untuk makan karipap aje, inikan pula nak kenduri kendara...beradap sompan sungguh...dan juga disebabkan terlalu beradat istiadatlah juga menyebabkan aku jarang mengundang orang datang ke rumah aku. Haaaa...ha. Cehh.

Alkisahnya pada hari kejadian, tiba-tiba telepon antik en.ahmad berdering garang. Makanya aku yang selama ini berat tangan dan kaki nak mengangkat tepon orang menjadi ringan  pula. Aku dikejutkan dengan khabaran bahawa si polan itu telah meninggal dunia pada pagi hari kenduri anaknya. Innalillahi wainna ilaihira jiuun. Sedih dan sayu kerana sungguh besar dugaan ini kepada keluarganya. Maka, aku yang tidak berhasrat untuk pergi ini, menghadiri juga majlis itu. Walau bagaimanapon, majlis jamuan terpaksa jua diteruskan kerana semuanya telah tersedia, cuma tiadalah majlis sanding serta salam berkaut semua tu. Semuanya bertukar menjadi senyap, sayu dan redup.

Patutlah arwah tidak perlu menjemput semua kenalannya kerana beliau boleh rasa, mereka yang kenal akan datang jua ke rumahnya pada hari tersebut. Walau bagaimanapun, aku tidaklah makan dan minum walau disuruh atau didesak kerana aku menjadi berat hati, serba salah dan malu....

Takziah kepada keluarga allahyarham, semoga rohnya aman selalu dalam rahmat-Nya.