Wednesday, 5 December 2012

Kali Pertama Kucabut Gigi


Pernah cabut gigi? aku percaya yang sudah hilang gigi waima sebatang. bukan tak sayang, tapi tak sanggup merana akibat sakit gigi.
Dah lama sudah sindrom sakit gigi melanda aku. Sekejap on.. makanya tak sabau2 ke klinik nak cabut. Pabila makan ubat... off pulak dan niat tu tertangguh. Akhirnya aku nekad.... hey... aku nak cabut gigi!!

Pembantu doktor panggil aku masuk....
Mengapa bengkak tak surut2 lagi, awak ada penyakit lain ke?
Penyakit lain aper dok?
Kencing manis ke?
tak ada...
Patutnya kena makan ubat dulu...
Kan saya dah datang klinik ni 2 minggu lepas, so dah makan ubat.
Bukan aper takut awak yang sakit selepas ni...
alaa... cabut ajer lah.
(degilll)

Pas tuh, doktor bagi ubat bius. Sebelum tu kena sain kad.
Ngaper kena sain2 ni, macam nak mati ajer?
Ala... tu prosedur biasa pabila nak doktor nak keluarkan ubat bius.
Ooo...

Doktor bagi 4 cucuk ubat bius kat gusi ( takkan cucuk kat gigi pulak..he). Doktor kata, yang ni sakit... lepas tu yang pon sakit sikit... jadinya semua 4 batang tu sakit belaka. Orang kata jarum pertama ajer yang sakit. TAK BETUL bagiku. Pas tu aku disuruh makan dua pil, satu antibiotik dan ubat tahan sakit.

Suasana senyap seketika. Bimbang pulak aku kalau2 ubat bius ni hilang kesannya padaku. Makanya aku beritahu doktor yang rasa kebas makin nak hilang.... amboi, orang lain tahan 10 jam, awak dah hilang? sindir tuan doktor. He... bukan apa, saja2 berhati2... tak boleh aku bayangkan kalau doktor tu cabut gigi masa ubat bius dah tiada. 

Bismillahirrahmanirrahim.... bunyi krak, krak tanpa sakit. Masa doktor urut2 pipiku yang bengkak, dia cakap... gigi dah cabut. HAH?

Maka hilanglah sebutir mutiara yang menghiasi dalam mulutku.  Pengalaman aku ni mungkin sebenarnya tak sama dengan orang lain.


Tuesday, 4 December 2012

Aduhai Mi Sup

Aku jarang ke pasar malam, kalau pergi pon nak beli sayur dan ikan. Sesekali tu beli mihun sup kegemaran semua. Korang pon mesti suka kan. Mi sup ni sedap tak terperi, apatah lagi kalau dibubuh perut lembu. Perut ayam tak tahulah...

Makanya, ketika meronda2 ternampaklah aku akan pasar malam. Ehh, berhenti... semerta encik Kay memberikan isyarat untuk berhenti. Kemudian jalan2 cuci mata, ternampak gerai mi sup. Apalagi, mestilah nak beli. Heran jugak aku, mengapa bekas tok aji lebih besar daripada bekas garam. Masa penjual tu bubuh perencah dan perasa, maka fahamlah aku mengapa demikian berbeza saiznya. Dia mencedok satu sudu besar tok aji dan setengah sudu besar garam... untuk satu bungkus mi. Hahh...

Rupanya itu rahsia mengapa mihum menjadi sedap. Nampaknya, aku kena kurangkan beli mi sup lagi lah lepas ni. Tapi kan, masakan di kedai memang gitu kan?


Monday, 3 December 2012

Sarawak Part 3


Makan Yang Sedap di Top Spot
 Banyak gerai yang menjual pelbagai jenis makanan. Yang popular semestinya makanan laut yang segar bugar. terbaik dari ladang. Si ketamnya bergerak2 nak lari agaknya.
Setiap tanda nama kedai ada tulisan cina. Ini yang aku agak cuak. Cair mulut kot2 termasuk kedai cina non muslim. Uhhh segar...
Encik Kay mintak pucuk paku goreng. Alah... tradisional sungguh lah yu. Kat kampung melambak2 sayur nih. Hish. Tapi katanya, kat sini femes sayur pucuk paku dan midin. Oh..ai si. Spesialnya, pucuk paku kat sini memang pucuk muda... ala yang kerinting lagi. Kalau kat tempat aku, ada peniaga siap jual dengan daun kembang dan batang keras lagi. Nak cepat kaya...
 uhhh... sedap2. 
Masakan orang Sarawak semuanya sedap di tekak aku tapi tom yamnya kurang ngetop sikit. Mungkin jaraknya yang jauh dari Siam membuatkan tom yam semenanjung lebih kaw. Satu lagi, udang menteganya tak habis dimakan oleh kitak sebab terlalu manis. Aku oder umai setelah dipromosikan oleh peniaga. Umai? ikan mentah yang dibuat macam kerabu. Hu... bestt. regenya RM18 sepiring. Anak beranak suka sebab sedappp.

Makan di Kubah Ria
Tempat ni baru dibuka.Macam mall. Ada deretan kedai makan yang nampak sedap, tapi, macam biasa kena hati2lah sebabnya rupa diorang lebih kurang aja. Kalau kedai muslim biasanya ada bingkai Allah Muhammad.

 sementara jalan2 cari tempat makan yang sesuai... jumpa pameran buku.
Beli buku2 ni. Ada diskaun. Ngaper lepas diskaun sama jer harganya? tanyaku pada penjual. Oh... lupa pulaks, harga sini kan up sikit sebab buku2 tu naik kapal. Lepas potongan baru dapat rege macam semenanjung. He.. malu.
ode menu ni. Nasi goreng Gila Kasih. kiranya masakan yang paling pedas... sesuai namanya. Memang pedas siot hingga abang yang macho pun berair mata jantannya. Sebelah tu namanya Sup Super Power. Sedaapp. Telur dadar tak dap. Sori yer Sarawakian, ai ni telus.

Pasar Ikan Terubuk
jalan2 kat pasar tuk beli ikan terubuk (nama pasar tu sebenarnya tak tau...)Dari mula booking tiket ke sini, aku dah terbayang2 ikan terubuk. Mestilah beli. Ikan terubuk segar RM15 seekor dan yang masin RM7 seekor. Pandai loyar dapatlah hadiah2 gratis... percuma.
jambu air hijau, RM4 sekilo. Jambu ni susah nak cari kat tempat aku. Masih ku ingat, masa mengandung kakak aku mengidam2 nak makan jambu ni. Tiba2 esok terjumpa sebiji jambu ni di halaman rumah. Sungguh magik!! aku agak jambu tu terlepas dari cengkaman sang kelawar. Ahh... kelawar tak kelawar, aku makan jugak. Nasih baik kakak tak jadi batman. he.

Nak Balik Dahh...

 bergambar dengan En.Jali, pemandu van yang berhemah dan ramah. Terima kasih kitak.
 macam biasa, adik dan aksi lagak superstarnya.

sementara tunggu naik belon, urut kaki dulu. Rm1 untuk 3 minit. Ah leganya... Malam tadi duk bincang dengan hubby berkira2 nak beli ah mesin urut gini. Ingat murah ker... saja angan-angan kata Raja Ema. Ingat lagi Raja Ema yang cantik menawan biarpun berusia seperti aku.
Selamat tinggal Bumi Kenyalang. Kami akan datang lagi kepadamu. Insya-Allah. Bye.


Sarawak Part 2


Dalam Perjalanan Dari Sitok ke Kuching

Pasar Tamu. Banyak sayur2 kampung seperti petai, rebung, pucuk2... ikan keli segar dipanggang. Mulanya rasa nak beli untuk diratah segera, mesti manis kan.Tapi... tak jadilah pabila tengok penjualnya... takkan nak tanya yu ni muslim ke x? Sebelah ikan tu ialah ulat mulong panggang. Uishh... nak terai?
ulat mulong yang segar... masih menggeletas lagi. Boleh makan begitu saja. Nona2 manis yang menjual tu macam tak berapa minat nak layan aku. Mungkin dia tahu buat habis air liyo saja melayan. he.
nasi dalam periuk kera. Memang popular menu ni. Tapi tak beli sebab... tau lah kan. Kalau ikutkan hati, aku nak terai semuanya. Sememangnya aku gemar cuba makanan tempatan sesuatu tempat. Baru tau sedap ke tidaknya, kan?
Tak payah genyeh mata. Ni memang dinasour. Masih hidup lagi. serius. Menurut kata pemandu van, kat sini memang ada haiwan ni pada suatu masa dahulu. Allahuallam.
 zirafah batu pun ada.

Tugu Kucing @ Cat Statue
Kalau datang Kuching, mesti ambik gambar kat sini sebagai bokti keoada kengkawan. Ada tugu kucing bertahta dengan aman damai di sini tanpa makan, minum atau berak.

Pasar Satok
Aku agak pasar ni sepanjang 2 kilometer. Jalan2 pergi balik sambil belek2 dan beli dalam 2 jam. Meriahnya. Kalau datang Sarawak wajib hadir ke pasar ni yang ada pada hari Sabtu dan Ahad. Macam2 barang ada. Cantik dan murah. Kebanyakan barangan Indonesia.
Beli tikar Sarawak. Setelah puas tawar menawar, akhirnya beli jugak. Dibuat daripada kulit kayu dan rotan. Cantiiik sangat. Pekedai tengah packkan supaya senang dibawa pulang. 


Kilang Pasu Sarawak di Sarikin
Perjalanan mengambil masa dua jam dari bandar raya Kuching. Sepanjang2nya banyak kebun buah2an dan hutan. Yalah, negeri terbesar di Malaysia. Tak semua tempat didiami manusia. Harga tanah murah kalau kat kampung begini. Katanya dalam RM8 ribu untuk dua ekar. Terkeluar taik telinga sebab tak percaya, murah... tapi kat bandar, super mahallah. Juta2.

Rambang mata tengok aneka pasu. Semua pasu diberi diskaun 50 peratus. Alaa... jangan terpedaya sangat. Tu tektik peniaga, nak bagi nampak murah. Tapi memang murah pon nak banding kat bandar. Kat semenanjung lagi lah.
belakang kedai, tempat packing pasu2 dalam kotak. Kertas yang banyak tu untuk disumbat dalam kotak2 supaya pasu yang dibeli selamat dan aman dalam kargo belon. Tapi kalau nasib kurang baik, nescaya pasu2 tu pecah juga dikerjakan tukang angkat barang kargo. Harapnya aku bernasib baik. Sehingga hari ni 3 haribulan, aku masih tak bukak lagi kotak2 tu. Sebabnya nak ejas tempat letak. Sebenarnya sudah tak der tempat yang sesuai kat dalam rumah aku. Maklumlah, rumah ai kan saiz XS saja.

bersambung lagi...

Cuti-cuti Rileks...Sarawak Part 1

Akhirnya aku sampai juga ke Sarawak. Makanya lengkaplah pusingan jalan2 ke bumi bertuah, Malaysiaku tercinta. he.. orang lain bangga bila jelajah satu dunia, tapi aku kat tanah air pon dah riang ria semacam. Tak per.. lain orang lain rezekinya.

Oh Sarawak Bumi Kenyalang...
Kuching Internasional Airport.... cantik.
Hotel Murah... Saramo
Nak tido saja kan...
Muzium Kuching
Mulanya malas ah nak masuk2 muzium ni sebabnya kalau nak tahu tentang Kuching, kan boleh jer baca dalan buku or internet. Tapi akhirnya masuk jugak sebab free. Wah... indah rupa indah khabar, banyaknya gambar2 dan patung2 kucing. Cantik dan menarik.


Rumah Tiara
Kalau tak salah sebabnya driver van pon jadi keliru kerana rumah di kawasan ni besau2 belaka. Kalau salah ampun ye Datin...

Rumah Kek Lapis 
aneka jenis kek yang cantik menawan rupanya. Rasanya? sedap... dan sedap. Harga dari RM10 ke atas. Boleh terai sebelum beli.
ni dia... warna wareni. Bagiku yang paling sedap tu kat depan sekali.

On the way ke Sarikin. Belakang tu Gunung Santubong
Rumah Budaya Sarawak
Mulanya liat nak masuk sebabnya tiketnya mahal...RM60 dewasa dan RM30 bebudak. Kami 5 orang, makanya RM240. Tapi masuk jugak...
Rumah Orang Ulu. Cantiiik sangat. Rugi kalau tak masuk.

ada persembahan kebudayaan setiap jam 4.00 petang. Ni orang Dayak.
Akhir persembahan, dijemput penonton yang meroyan nak menari Sarawak ke pentas. Nampak aku tuuu...

bersambung....