Monday, 6 August 2012

Yang Remeh Sememehpun, Kena Bincang Jugak...

Hai, dah siapkan baju raya untuk anak2, teman hidup dan diri sendiri. Semestinya... tapi aku bukan nak kisahkan tentang baju raya aku yang penuh bunga raya itu. he...

Alkisahnya, seorang rakanku ini. Aku naik heran ngapa dia asyiiik bertanyakan kedai yang aku selalu dapatkan stok untuk baju rayaku. Dah aku jawab.... pabila terjumpa lagi, tanya lagi..... dan lagi. Apa hal cik minah ni eh? mesti cantik bebenor baju2 rayaku pada mata bundarnya itu. hmmm.

Bagaikan mengerti monolog aku, dia pun meluahkan apa yang terbuku dalam dadanya. Ooohhh, tak puas hati dengan baju raya tahun ni rupanya. Tapi, kalau tak berkenan ngapa beli weh? 

"Masa beli kain dulu, memang aku tak berkenan dah... tapi sebab suami aku pilih nak mecing dengan baju Melayunya, maka aku diamkan saja. Aduhai, bila dah siap dijahit.... semakin ketara hodohnya!! sudahlah tak cantik, reger pulak murah sangaaattt!!!" 

Aikk, mana boleh jadi ni. Pasal beli barang tak ikut selera memang membangkitkan sheeeeh aku, geram.... apatah lagi melibatkan pakaian. Ye lah, kita yang terpaksa promot jalan ke sinu sana.... kalau cantik pakaian maka berseri2 lah pemakai. Kalau sebaliknya.... menyampah!! Yela, lagi pon baju raya, biarlah mahal dan bergaya sikit berbanding hari2 biasa. Aku setuju part tu.... setahun sekali weh.

Tu lah, segala urusan serah dan ikut saja cakap dan kehendak suami. Anggap suami macam profesor. Suami nakkan A, maka A lah... tiada kompromi. Bukan tak boleh ikut kehendak suami saja, tapi apa salahnya kalau dibawa berbincang. Nampak macam remeh-temeh, tapi boleh membengkak dari dalam. Kalau aku dalam situasi tuh, mungkin tak sambut rayalah... MOGOKK. ???

cik kak, cik adik... pastikan raya tahun ni letak bunga raya atas meja, 
takkpun pakai baju yang coraknya BUNGA RAYA macam akak... he.

Selalu jugak dia mengadu sebelum ini, suami yang tentukan warna langsir ( konon round satu negara cari yang sesuai cita rasa, akhirnya belilah. Bila aku melawat rumahnya... teruja lah nak tengok langsir bercita rasa tinggi tu... last2 waka ka ka... macam langsir bilik tidur aku jer....ngeh ngeh) , begitu jugak kain2 baju kurungnya, kasut seliparnya dan aneka bagai lagi. Malah anak tudung@serkup dalam pun suami tentukan jugak. Pernah sekali tu, si isteri sangat berkenankan satu benda. Harganya berpatutanlah sebab kedai tu biasa2 ajer. Belek, terai ... angkat dan letak. Akhirnya letak jugak sebab suami kata tak payah beli, tak cantik. Kesian sungguh.

Walhal, bininya tu ada kerjaya. Malah pendapatan nun lebih baik daripada suami. Cerdik lagi... tapi dia tak ada kuasa langsung untuk menentukan kesukaannya. Kronik monik tonik....

The moralnya ialah, dalam rumah tangga tak sepatutnya didominan oleh seorang saja. Suami kena ambik kira selera isteri dan begitu sebaliknya. Berikan juga kebebasan untuk pasangan melakukan @ memilih sesuatu mengikut kehendak hati asalkan bersesuaian. Janganlah terlalu taksub pada diri sendiri kononnya perfek, serba tahu serta teliti.... Menganggap selera pasangan tak ada cita rasa, akan membenihkan rasa tidak puas hati, meskipun didiamkan... lama2 akan meletup jugak. Justeru, saling menghormati dan memahami adalah yang terbaik. Dok gitu eh??...



Saturday, 4 August 2012

Petua Kurangkan Sakit Gigi

Korang pernah diserang hendap oleh sakit gigi tak?  Mesti ramai yang angguk kepala kan. Aku pernah sakit gigi teruk lebih kurang 4 tahun lepas. Ya Allah, ibarat bandingannya lah, kalau jalan atas bumbung terjatuh pon tak rasa sakit, sebabnya sakit lagi sakit gigi oii. Trauma...

Masa kena tuh malam hari, tak der klinik yang buka lagi. Sakit sangat sampai tak tau gigi mana yang sakit. Rasanya semua yang ada dalam mulut tu sakit belaka. Agaknya, kalau doktor tanya gigi mana yang nak dicabut?? mesti aku dah tinggal tunggul gusi ajer sekarang sebab semua sakit dan perlu dinyahkan dengan segera.

Pas tuh, tetiba teringat petua orang tua supaya bakor bunga cengkih dan bubuh dekat gigi berlubang@sakit tadi. Sambil2 tu gigit untuk kurangkan sakit. Kalau sakit lagi, ulang dan ulang sampai hari menjadi cerah... yelah, nak tido pun dah jadi mustahil teramat. Insya-Allah akan berkurangan azab sengsaranya.

Masa berlalu, sedar2 dah empat tahun berlalu. Alhamdulillah aku tak sakit gigi lagi. tak mbohh@nak doh.... Aku masih lagi pakai gigi yang sama. he. syukur sesangat...

Masa gugel2 tadi terjumpalah satu petua lain untuk hilangkan sakit gigi. Apa lagi... cepat2 lah aku reserve untuk kegunaan masa hadapan. Sediakan payung selalu, kan...


Cecaranya;

 
Ambil seulas bawang putih dan kemudian hiriskan nipis-nipis. 
Kemudian, tampal pada gigi yang sakit. Biarkan lebih kurang satu jam. 
Insya-Allah berkurangan sakitnya.

sekadar hiasan




Friday, 3 August 2012

Habbatus Sauda @ Jintan Hitam

Nama saintifik : Negella Sativa

 Aku beli gel habbatus sauda untuk kegunaan abang. Dia ada masalah hidung berair. Sejak makan dia kata ok sikit. Rakan aku pun makan benda ni. Dia ada sakit2 lutut. Hai dah tua lah tu... he. Pabila makan, ajaibnya terus hilang sakit sendinya. Amboi.... cepatnya. Bimbang jugak dia kot2 produl tu dicampur dadah ke apa. So, dia terus telefon pengasasnya, dr Sam Rasputin. Bekas penyanyi yang  imej lain daripada yang lain tuh. Saya anak Malaysia.... yeh patriotik lah sikit.

Apa Sam kata, mula2 baca hadis dan huraiannya. Kemudian kata tak ada dadahlah kak.... lagi..... kena makan berterusan untuk mendapat kesihatan dan keberkatan... oohh, okay..okay.

Bagus ah, benda ni. Nak terus beli ah. Hajat nak jadi pengedar untuk dapatkan harga dengan lebih murah.... tapi RM1000 tunai. Biar lah dulu, aku beli satu2 ajer lah.

Justeru, aku nak jugak kenal dengan pokok jintan hitam ni. Kot2 boleh tanam kat rumah. he.. tambah koleksi... nak beli benih kat mana eh?





cantik bunganya. Kalau sesuai boleh ditanam sebagai hiasan.... atau edible garden, betul?


Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:

"Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam." Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, "Al-Sam itu ialah maut."



(Riwayat Bukhari)

Ku Tanam Pokok Anggur

Kat rumah ada sebatang pokok anggur. Benihnya aku beli kira2 dua tahun lepas. Kutanam dalam pasu ajer dan sadaikan di belakang rumah. Tumbuh daun2, 3 helai kemudian kering. Pada suatu hari......aku nampak pokok itu kering kerontang. Arwahlah tu, lantas aku mencabutnya. Eehhh, payahlah pulak. Rupa2nya masih hidup. Lantas kubiarkan lagi di situ tanpa kasih sayang. 

Seminggu dua lepas tu, naiklah sulur yang sangat sihat. Dedaunnya lebat. Ohhh, mungkin pokok tu tak dapat bernafas selama tersadai. Agaknya disebabkan tanah yang padat menyumbat lobang hidungnya, so pabila aku hogeh2 untuk dicabut.... semertalah dia boleh bernafas dengan normalnya... kotnyer lah.

Justeru, aku alihkan ke depan letak depan garaj. Kubiarkan sulurnya memanjat tiang. Nampak gaya macam serasi aje kat sini. Tak sabar nak tengok perkembangannya. Tapi bila eh nak berbunga.... atau berbuah terus pon okay gaks.

Foto
tak dapat kubayangkan andai pokok anggurku berbuah lebat sebegini.... aduhai


So, untuk tambah ilmu pengetahuan, aku rajin2 google tentang pokok ni. Aku kopi pes kan agar mudah aku merujuknya setiap hari. he.
                                                         


Cara menanam pokok anggur;

tapak:


1. Tanah yang berpasir sesuai bagi tanaman anggur.
2. Gemburkan tanah dan korek lubang sedalam 3.5 meter - 0.60 meter (11.2 kaki, lebar 2 kaki). Adalah lagi baik bagi tanah berbukit yang tidak air bertakung didalamnya. Masukkan tanah yang telus air dicampurkan dengan sedikit baja ke dalam lubang yang disediakan.
3. Bagi tanah rata atau berpaya tanaman berbatas amat digalakkan bagi mengelakkan akar pokok daripada terendam air.
4. Sekurang-kurangnya 0.3 meter - 0.45 meter (1 kaki tinggi dan 1 1/2 kaki lebar) batas diperlukan.
5. Saluran air amat penting supaya air tidak bertakung di sekitar pokok.
6. Hindarkan menanam di tanah yang mengandungi garam (masin), tanah gersang atau tanah yang kurang penyerapan airnya.
7. Tanam secara pasu digalakkan bagi kawasan perumahan.
8. Sinaran matahari amat perlu bagi penanaman anggur, sekurang-kurang 80% ke 100% sinaran matahari diperlukan.
9. Kawasan berbumbung yang telus sinaran matahari digalakkan supaya mendapat tanaman yang sihat dan senang diawasi dari serangan penyakit.
10. Tanaman secara pasu pula, pasu yang berukuran 40.6 -45.7 cm (16-18 inci) luas dan 35.6 cm- 45.7 cm (14-18 inci) dalam sudah mencukupi bagi setiap pohon anggur yang sihat dan menghasilkan buah bermutu.

Pemangkasan dan latihan

1. Permotongan hendaklah dibuat apabila pokok setinggi 1.52 meter (5 kaki). Buang semua daun, ranting yang kurang sihat dan potong pucuknya.
2. Pastikan cabang merayap ikut arah yang dikehendaki .

Pemangkasan untuk pembuahan

1. Tabur baja penggalak bunga 20 hari sebelum pemangkasan dibuat.
2. Buang semua daun dan potong cabang yang tidak dikehendaki.
3. Potong semua ranting yang kurang sihat dan potong ranting yang sihat sekadar 4 atau 5 mata tumbuh dari cabang.
4. Potong pucuk kira - kira 1.21 meter ke 1.52 meter (4 atau 5 kaki) dari cabang.
5. Uruskan kerja dengan baik dan teratur .
6. Bersihkan di kawasan pokok dan buangkan daun-daun yang gugur di sekitarnya .

Kadar pembajaan pohon anggur:

1. Baja organik amat sesuai bagi pokok muda.
2. Sebaiknya gunakan baja NPK yang sama pada pokok muda.
3. Tabur baja 1 kaki dari pangkal pokok, jikalau ditanam diatas tanah dan sedikit jauh dari batang jikalau didalam pasu.
4. Jarak yang terbaik sesuatu pembajaan ialah 7 - 10 hari.
6. Kurangkan anggaran yang dicadangkan oleh pengeluar baja, gunakan 50% - 60% dari angaran yang sebenarnya.

Kaedah siraman:

1. Penyiraman boleh dibuat apabila didapati tanah disekeliling pokok itu kering.
2. Penyiraman memerlukan air yang banyak, AWAS ! jangan bertakung.
3. Sebaik-baiknya penyiraman dibuat pada sebelah petang atau awal pagi.
4. Siram cara berhati-hati dengan siraman air yang perlahan.
5. Buat siraman pada pangkal pokok, daun tidak memerlukan air.
6. Kurangkan siraman semasa buah sedang masak atau 20 hari sebelum dipetik buahnya. 




Wednesday, 1 August 2012

Sang Ular Lidi Bertamu ke Rumahku

Alkisahnya, setiap kali membasuh beras untuk menanak nasi pasti ku simpan airnya. Maklumlah, rumah aku kan ibarat nurseri yang ada aneka macam pokok. Cuma susunan jer tak masuk akal.... pun, tanam tetap tanam. Begitulah kelmarin. waktu aku keluar tuk bereskan air beras ke dalam pasu pokok anggurku, tiba2 nampak ular lari dari atas tangga. Nampak gaya macam nak menyusup ke dalam rumah.

eeii... buat apa kau kat sini?  kuambil batang buluh penghias pasu dalam rumah lalu kuberikan kepada AK untuk dia bertugas selamatkan kami. Tapi, ah... hilang pulak.

salaamun ala nuuhin fil aalamin.... pergilah kau dari sini. 

AK kata ular tu tak berapa bahaya dan tak agresif. Hai, dah namanya ular, apa lagi yang dia mahir selain mematuk orang, kan??

rimbun dan cantik, tapi awas selalu takut2 ada si lingkar bersembunyi di sini.


Ketika, aku bezi melakukan adegan masak-memasak, kedengaran kelekuk2, tapi aku tak ambil hallah. Rupa2 AK menyelesaikan si ular kecil itu dengan cara yang sadis pulak. Dah tak ada pilihan lain, sebabnya dia tak nak keluar dari laman kami. Maaf ye si kurus panjang, terpaksa hantar kau pergi demi keselamatan keluarga ini.

Kekadang rasa gerun jugak, terutama ketika menyiram pokok pada malam hari. Manalah tau kan, ada makhluk2 bisa di celah mana-mana pokok. Nauzubillah. Justeru, aku senantiasa pastikan, tidak ada pokok yang merimbun sangat. Tapi gitulah, kekadang ada yang tersesat ke sini dan tak tahu jalan keluar dengan selamatnya. Cumanya berhati2 seboleh mungkin.