Sunday, 4 March 2012

Nh Colla Plus, Kedai Pak Guard vs Kedai Wak

Hari nis aku gi jalan-jalan kat Giant. Tetiber rasa nak masuk Guardian nak tengok produk Hajah Tok Ti - SimplySiti.  Kot2 ader, so tak payahlah aku ke dalam bandor.

Aku guna satu produknya. Nak gaks nampak berseri macam beliau kan? Rupanyer kat sini pon dah ada barang2 SS yer. Sebelum nih, aku dapatkan semer tu kat kedai Wak .... Watson Nyambet. He..he.

Sambil2 tuh melilau gaks tengok nh colla plus. Bukan nak beli pon sebabnya aku dah beli 3 tong kat kedai Wak tu minggu lepas. Harganya murah, jimat dekat 20 hinggit setong. Tapiiii, yang sedih dan terketar2 pabila tengok reger kat sini lagi murah wei...

RM418 untuk 3 tong @ 
RM139.30 setong. Huuuuuwaa....

Lain kali kena gi survey kat Pak Guard dulu lah eh...




Friday, 2 March 2012

Fanatik Sangatkah Aku

Aku suka tengok orang pakai jersey bola sepak. Apatah lagi, harga jersey tidak mahal kerana berlambak2 yang tiruan di pasar malam. Tapi takut gaks pabila tengok macam2 lambang ada.

Ada yang terang-terang tulis Red Devil di samping lambang setan berekor tuh.

 terkejut aku pabila tengok ada remaja Melayu yang pakai jersi nih ngan selamber.........


takut ah tengok red devil.

Ingatan Sayang Kepada Anak2 Generasi Kecil

Anak-anakku sayang ( semua kanak-kanak ), 
kamulah generasi kecil yang bakal menerajui jawatan penting di dalam negara.....

Mak perhatikan, kamu kini kian leka dengan segala macam permainan komputer. Kamu juga ralit melayan facebook dan gemar sangat meneroka berita sensasi artis-artis. Sehinggakan perlu disuruh untuk sembahyang, membuat kerja sekolah dan sebagainya lagik. Oppp, jangan marah dulu. Kamu tak salahkan??

Teknologi maklumat juga tidak bersalah, tetapi salah guna akan mengakibatkan hancur masa depan kamu wahai anak bangsa. Kamu lihat dan bandingkan sendiri,  rakan-rakan kamu yang ketagih games sehingga abaikan pelajaran ....oh...sedihnya mak. 

Game komputer kini pon sudah ada dakyah jahat seperti menyerang Kaabah, membunuh tentera Muslim dan aneka lagi. Selagi pemain tidak mengebom masjid, selagi itu kamu tidak menang. Ohhhh, itulah cara halus angkara jahat puak2 Yahudi. Tujuannya agar budak2 Islam tidak lagi sensitif dan sayang akan agama Islam sehingga tempat suci seperti masjid dan Kaabah sanggup dibom. Sedarlah anak-anak Melayu.... sayangilah diri dan agamamu.

Kepada anak-anak semua, 
kamu tidak dilarang bermain game, fb dan sebagainya. Cumanya, kamu perlu sedar setiap perbuatan yang berlebih2 akan mendatangkan kerosakan. Merosakkan pelajaran dan pemikiran kamu. 

Pabila kamu wahai anak2 yang berpotensi menjadi lemah otak  kerana tidak ada masa untuk belajar,   siapa lagi yang akan memegang jawatan penting seperti Perdana Menteri, menteri, doktor, guru, pegawai tentera, polis dan aneka macam di negara kita........... 

Anak2 sayang yang sebenarnya cerdik,
Jikalau hari ini kamu asyik melayan games dan face bookkkk..... fikirkan di mana dan apa pekerjaan kamu pada 10, 15 tahun lagi.... Justeru, ingatlah berpada-pada dan bersederhana lebih baik untuk kita.



Thursday, 1 March 2012

Pesta PC Recond Terbesar di PT - Gimik!

Hah, iklan itu begitu menggegar-gegar kaki ku untuk ke situ. Terbesar di Pantai Timur tuh. Betapa terbayang2 dalam kepala macam2 berkaitan pc ado. 

Suatu hari, aku dan 2 geng berpeluang ke situ setelah beberapa hari mengidam2 macam orang mengandung. Ngaper suram jer pesta hebat nih? sudahlah lengang ajer, laluan masuk pon ikut rusuk kanan. Misteri...misteri. 

Sekali melangkah masuk.........NAH! pesta terbesar di pantai timur terbentang di depan mata. Hanya aku bertiga saja pelanggan yang ada. Rasa malu pulaks pada diri sendiri kerana membayangkan yang hebat2 dan yang gah2.

Apapun, dah terjebak tuh... aku angkat jugak lah kaki nan berat meninjau2 sambil tergelak2. Ikut hati nak blah aja tapi masih hormat gaks ah semangat berniaga budak2 muda. 

Yang menyakitkan hati dan mata aku ialah, hanya 4 buah pc burukkk sangat dan tikus2 zaman prasejarah yang tak leh masuk dah pada pc sekarang. Kibod yang bertukar kaler kuning pon  berlambak. Kalau tak salah harganya murah nian yakni RM1. Mentang2 lah rekon, habis dilambaknya bebarang buruk tu...

Tak tahulah kalau gimik mereka menjadi. Harap-harap bebudak muda tuh terus sukses jadi pembekal barang rekon pc yang berkualiti pada satu hari nanti.

Angkara Nasi Goreng Kakak


 aik, pelik jer tempat tidur nih?.........





Kalau ular sawa melingkau kerana kekenyangan...

Sebenornya adik tertidur bawah meja niss bukan kerana kena dera. Dia menyorok daripada kakak kerana tidak sudi barang sedikit pon makan nasi goreng spesial yang dimasak kakak. Ohh...sadisnya.

Ngaper sampai adik jadi kamikazi kak? Sodap sangat ke nasi goreng tuh....he, he.

Keciaaan si tukang masak cilik.