Thursday 17 March 2016

Kuala Kangsar Memikat Hatiku

Sudah banyak kali mengunjungi bumi Darul Ridzuan ni. Tapi kali ni lah akak berkesempatan meneroka Bandar Diraja Kuala Kangsar. Banyak sangat yang best di sini. Lagipun bandarnya berkonsepkan melayu... rasa aman damai dan tradisional sangat.

Hmmm antara yang memikat dan memukau jiwa akak sangat ialah...
 1. Mi rebus... kuah pekat kerana dibubuh ubi keledek. Berbeza dengan mi rebus Ganu yang kuahnya ala2 sup. Rasa agak manis. Sedap... mesti dicuba tau.
 2. Sangat direkemen. Laksa beras. Sedappp... sampai hari ni terkenang2.
 3. Dari tebing sungai Perak... boleh naik bot untuk menyusuri sungai. Tiket RM8 dewasa dan RM5 kanak2. Masa pusing-pusing 20 minit. Nampak tak tu Jambatan Victoria yang popular tu. Sila gugel ya dik kalau nak tau stori morinya. Hiii...
 4. Kopi Leleh... hehe saja jer enterprem kopi ni sebab cuaca panas sangat. Kalau pekena kopi blend gini barulah tenang jiwa nak sambung perjuangan untuk jalan2. Harga bermula RM4.00 ke atas.
 5. Masjid Ubudiah. Cantik sangat. Kononnya naik bot tadi sebab malas nak ronda2 dengan kereta dahh... tapi tak puas hati sebab tak berapa nampak jelas dek terlindung dengan pokok-pokok di sepanjang sungai Perak. Alaaa dekat sangat pon.
6. Istana Kenangan. Tak masuk. Hanya bergambar dari luar sebab badan sudah letih longlai. Dikatakan istana ni tak pakai paku walau sepucuk pun. Wahhh hebat tukang2 dahulu kala kan.

Akhirnya... bandar Diraja Kuala Kangsar mesti dikunjungi apabila kita sudah jejakkan kaki ke Perak. Berbaloi2...


No comments: