Friday 18 March 2016

Bunga oh Bunga

Semua kengkawan tahu penyakit akak yang obses sangat dengan pokok2 hiasan. Setiap hari mesti melawat-lawat hlaman rumah. Orang tua kata, kalau mahu bunga berbunga lebat, kita kenalah bercakap-cakap, memujuk, membelai serta memuji-muji. Entah ya. Tapi masuk akal jugaklah sebab pokok pun kadangkalanya kuat merajuk.

Kali ni akak dan abadikan bunga-bunga kesukaan yang ada kat rumah sebagai ingatan nama-namanya. Yalah nak membela anak, kenalah tau namanya kan. Gambar dan nama disedut dari cik gugel. Terima kasih laman2 web yang tercedok. Kongsi ilmu deh...

pink trumpet

Image result for ceraka biru
ceraka biru. Ada jugak yang kata forget me not.

Image result for shower ruellia brito
sedap nama diberi  Ruellia Purple Showers - Ruellia Britoniana.... tak kuasa nak sebut dengan betul.

 Ni orkid beli kat pasar. Harga rm35. Cantik kelopaknya besar2. Bunga tahan lama.
 Rm30. Warna pic campur oren sikit. Bunga bawah layu sebelum hujungnya berkembang. Sedihh...
 Dendrobium nobile. Yang ni istimewa sangat. Beli dulu seperti berjudi sebab pokok macam nak mati tak ada daun barang sehelaipon. Berbulan-bulan dibelai dibaja... akhirnya keluar bunga-bunga cantik dari ruas batangnya. Rm15.00 sebab pokok tak sihat masa tu. Sekarang dah keluar anak2 baharu... suka.
Ceraka biru di laman sendiri.

No comments: