Tuesday 15 March 2016

Dari Perak With Luv

Hai... hari ni wat siaran langsung dari Perak. Hihi perasan. Ahte...
Mula-mula cerita pasal Hana Homestay. Di sinilah akak sekeluarga menumpang teduh selama dua hari. Harga RM160 semalam dengan kemudahan lengkap. Kepada yang suka adegan masak memasak sangat best tinggal di homestay berbanding hotel sebab bekalan seafood segar murah saja di sini. Kebetulan ada pasar malam Isnin berdekatan. Kelmarin pun beli udang kat Tesco. Saiz besar jugak.

Okay sambung cerita homestay ni... mula-mula masuk bau tak menyenangkan menyapaku. Bau macam bau badan orang. Hmmm bersangka baiklah mungkin ramai sangat tetamu sepanjang masa menyebabkan bau tak sempat keluar. Kendian akak pun buat opps nyah bau badan orang dengan bukak semua tingkap yang ada seketul dua tu luas2 dan buka aircond, kipas dan lampu. Biarkan elektrik membazirrrrr... haha terpaksa ya.

Hari pertama masak sebab atas permintaan abang yang mengidam2 nak makan sambal petai tersedap air tangan umi. Sepanjang2 perjalanan melalui Simpang Pulai tu mata asyik melilau kot ada rezeki. Biasanya ramai jer orang asli jual di tepi2 jalan. Tapi hari ni tak adalah pulak... akhirnya... ada jugak. Mata petai agak muda. Tak perlah janji petai.

Malam pulak berlamb chop resepi istimewa abah. Pon sama... dilakukan on demand. Almaklum lah sang abah tu suka jer melayan tekak anak2 lebih-
lebih lagi anak yang duk asrama. Adik yang bermastautin kat rumah tu asyik-asyikkk telur kicap. Hai... alaa gurau je boss...

Tiga hari dua malam di sini, sampai masa kami nak pulang. Hai apa khabar tanam-tanaman akak nun di Ganu?... harap2 hujan dan embun menyiraminya. Sob...sob.

Gambar hiasan....

No comments: