Friday 6 March 2015

Kedai Makan Herba @ Bypass Pasir Putih

Kalau ke Kota Bharu selalunya akak singgah kat sini. Kalau dulu segala masakan dan minuman spesialnya ialah segalanya herba. Nasi goreng pon rasa herba sama ada memang ada herba atau minda sudah tersetting....
 Gambar terbaharu... sudah ada kemajuan. Nampaknya masakan panas ala Thailand sudah dominan. Ahaks... mungkin satu penambahbaikan atau lidah-lidah tradisional sudah semakin pupus.
 Nah aneka sup pada papan tanda. Minta sup perut tak adalah pulak. Alasan biasa lagi terbiasa... sudah habis. Nyahhh...
 Gambar-gambar jenis herba dan khasiatnya masih ada. Maknanya masih relevan lagi dengan nama restorannya. Sesuailah untuk para pencinta dan pengkaji ubat-ubatan datang ke sini kerana selain kedai makan, ada jugak pusat jualan aneka herba kering dan juga anak-anak pokok. Macam pusat sehenti lah. Memang bagus.

Tapi anak bongsu ku jadi keliru dengan khasiat yang tertera... umi... kalau minum air pegaga tu, kita jadi lelah ke baik lelah?? Soalnya jujur dan polos.
Eh eh...ya lah. ZOOMMM...
 Minuman ni istimewa ke?? Rasanya minuman hijau ni lah yang sempeselnya kan?.
 Taraa...air pegaga. Tapi sudah tak berapa umppp. Tapi pabila ingatkah khasiat awet muda tu... habiskan habiskan... nyanyi ala2 frozen tu.
Tertanya2 jugak perbezaan rasa ni mungkin sebab tukang masak sudah bertukar atau empunya kedai sudah bertukar... atau satu lagi andaian tukang masak selsema hari tu. Jadi, segala-galanya BERTUKARR. Wakasau wakasau gabannnn...

No comments: