Saturday 21 March 2015

Bunga Kertas Orang Vs Bunga Kertas Aku

Cuaca panas kering lagi mengeringkan sedang melanda negara. Adalah diingatkan agar kita banyak minum air kosong.... tak aci asyik2 minum air bandung la...teh ais la. Semua itu kurang aci. Air kosong-sekosongnye paling kurang 8 gelas sehari. Jom kita acu cuba try. Boleh deh..

Sejenis pokok yang sangat serasi dan sinonim dengan cuaca panas ialah pokok bunga kertas aka bourgenvilla yang menjadi pujaan Spring. Boleh dikatakan ibarat musim bungalah bagi rumah yang tuannya rajin menanamnya. Alahai cantik niannn. 

Dulu memang aku tak suka bunga ni tak tau sebab asbab. Tapi disebabkan paksaan emak yang mahu mengurangkan tugas merawat pokok2 hiasannya serta sanggup memberi pokok2 bunga kertasnya secara percuma tu... maka aku relakan jiwaku untuk mencintainya.
Ni ha... warna aiskrim. Tapi ni di rumah orang. Apalah baja yang diberi makan kepada pokok ni hingga iya dengan bangga mengeluarkan bunga nan lebat tu. Rasanya tak adanye Kak Yah ni berusaha sangat. Biasa2 je tapi tak tahulah kot-kot ada orang tulun berak kat situ. Hihi... jahat aku.
Aduhai inilah dia pokok bunga kertas di rumah akak. Segar bugar kan. Hidup segan mati mau je. Kasihan. Sangat sadis lagi tragedi buah epal.
Yang ni masih bertahan meskipun dah jadi kurus cekeding kerana kurang kasih sayang. Terima kasih. Keadaan ini membuat aku insaf dan berjanji akan berubah menjaga diriku dan jagaanku dengan sebaiknya. Insya-Allah.

No comments: