Thursday 19 March 2015

Lamanya Proses Ubahsuai Rumahku

Hari ni secara rasminya kerja ubahsuai rumahku syurgaku selesai. Yang tinggal lagi pemasangan tiles, grill dan elektrik. Oh alangkah lamanya si tukang rumah bermajikankan suomi aku. Kalau dihitung secara congaknya dalam 4 bulan 16 hari. Woo macam bina rumah walhal sejongker @ sikit saja. Nak kata cermat tu tak adalah sangat. Cumanya lambat tahap gaban wakasau.

Banyak sudah kudengar tentang tukang yang cabut lari apabila duit upah habis sedang kerja ada lagi. Nasib baik hal itu tidak tertimpa kepada kami. Kalau tidak, nangislah dengan segala genre lagu... kiranya tewaslah Juara Lagu tuu. Pun begitu, rekod tukang ni bersih sebab camana pun dia akan bereskan projek dia...

Pada awal2nya kan main lagi lajunya mintak upah. Kerja tiga hari mintaknya 1500 hinggit. Apa nak kata... encik suomi hulurkan jugak walau berat tangan seumpama diikat pada piramid. Hehe merapu. Bimbang oo...

 Akhir2 ni si tukang banyak datang seorang diri sebab tak mampu pakai pekerja lagi. Hari Khamis mintak seratus saje... kasihan pulak kami kenang anak isterinya nak belanja. Tapi sudah tuan punya badan tak tahu berhingat2... Banyak kali juga en.suomiku mengingat tentang wang upah yang baki tak seberapa lagi berbanding kerja2 yang ada.

Dan (sempat lagi)...dan... kata dia. Kalau gitu okaylah. Reda sambil berdoa agar dia siapkan rumah haku ni. Tulunlah. Dan hari ni kami boleh tarik nafas lega. Syukur alhamdulillah.

No comments: