Sunday 31 August 2014

Santai@ Cerana Villa Resort

Hajatnya nak rilek gedik santai kat Tok Bali tetapi disebabkan tiada datuk dan nenekku di situ terpaksa aku batalkan sebab tiada bilik nak tidur. Nampaknya fullhouse sebab semua orang cuti panjang. Lagipun sudah namanya Tok Bali bukannya tok kita. Namun nak kata batalkan hasrat hati kerna itu.... taklah jugak. Apa kata kita berehat-rehat di Cerana Villa Resort dan Medan Ikan Bakar.

Jam sebelas lebih bertolak dari rumah. Sebenarnya susah jugak dan cari tempat ni memandangkan lokasinya tercatat di Pantai Irama/ Kota Bharu. Aku setkan gps ke Pantai Irama... tak jumpa. Kutanyakan pada adik yang menjual etok salai di tepi jalan...macam terkejut dia padahal aku sehabis berhemah bertanya. Tak tahu rupanya...mujurlah ada mak cik yang tahu. Wah...mak cik banyak pengetahuan am tentang resort2 ni padahal punyalah banyak resort yang ada di sekitar tu. Kelas kau gayahh.. terima kasih. Kubeli jugak etok salai tu... sedap! Budak2 tupun suka tapi tak pandai buka...( ada ke dibuka dengan kuku macam kerang...kui kui tunggulah sampai jadi tangkupan perahu ye anak2...)

 Muka depan. Nampak cantik jer. O ya...resepsyen bukan di sini lahirnya cinta deh... kat depan lagi. Boleh bawa kenderaan dan parking betui2 depan bilik. Tak perlu susah payah cam aku yang mengusung barang seperti orang nak pindah rumah.
 Punggung resort. Aku parking kereta dekat restoran yang menghubungkan ke bilik...jalan punya jalan tepi sungai ni... nampak banyak tanah longgok2... adik kata tahi lembu tapi aboh kata taik ketam. Hamboi beso benor!! Tu baru taiknya tak tengok lagi punggungnya dan tuannya....

pas tu jumpa bilik aku terakhir sekali 6 Delima... buka2 punya buka tak boleh2 pulak... laaaarrr...rupanya pintu belakang. Yang cik minoh tadi tak beritau pun ni jalan belakang... tak kesian langsung kat aku anak beranak yang membawa segala alat dan berjalan kaki ke bilik...hu..hu
 Ni rupa kat dalam. Seingat aku, cadar nilah yang ada dalam gambar iklan agoda. Sehingga kini pun ada lagi?? Huh...imagin lah sendiri akan keburukan dan kelusuhannya. Ngeh...
 View tepi muara. Cantek tertarik. Kalau ada joran silakan lempar meski ada tertulis... dilarang memancing. Ada aku kisah kan. Mau tak meleleh liur tengok air kuala ni.
 Segala yang tradisional ada. Cantik2... tempayan antik pun ada merata tempat. Alahai my idaman. Jelez.
Lagi koleksi antik... pengisar beras dan batu penggiling. Mana cerananya encik???  Kata villa cerana.

Apapun okaylah duduk kat sini. Ala bukan nak menikmati prasarana sangatkan. Cam aku lepas chek in terus merayau.... balik malam terus berdengkur kroh...kroh. Hanguslah bayaran RM100 hinggit. Bolehlah...

Aku nak catat sedikit infolah kepada sesiapa yang berhajat nak ke sini atau yang terbook ngan agoda atau booking.com...
1. Dari pantai Irama terus ke Tawang serta terus ke Kota Bharu. Lepas jumpa Balai Polis Tawang tu aku anggar dalam 5 km. Kalau salah pon salahlah. Makanya sila drive kereta seperti baru belajar ye supaya tidak terlepas... letaknya sebelah kanan.

2. Ada restoran Azie Nasi Kukus letaknya betul2 depan Balai Polis Tawang. Katanya banyak pilihan lauk... tapi aku tak sempat rasa sebab tutup hari Jumaat.

3. Villa ni ada restoran terapung di atas air. Tapi aku tak makan kat sini tau...

4. Terakhirnya nasihat berguna aku bawalah tuala sendiri ye.

No comments: