Sunday 31 August 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta...

Merdeka! Merdeka! Merdeka!!
Salam Merdeka yang ke 57. Suatu angka yang melambangkan kestabilan bagi seseorang insan. Namun bagi sesbuah negara yang pernah dijajah lebih 500 tahun, bukan senang nak mengikis segala saki baki propaganda yang mengagungkan orang putih dan Barat sebagai simbol kemajuan, kejayaan dan kehebatan. Uhh...

Namun kita perlu berbangga kerana dalam tempoh singkat itu kita sedikit demi sedikit bangkit dan cuba membina jati diri agar berdiri sama tinggi dengan bangsa penjajah. Aku percaya dengan barisan pemimpin yang mantap dan sentiasa bernawaitu menuju hala yang betul....insya-Allah kita boleh maju dengan bentuk budaya kita sendiri. Wahh... macam serius jer aku kali ni...

Di sini lahirnya sebuah cinta
yang murni abadi sejati...akulah penyambung warisannnn...

eh...bukan lagu ni ropanya. Ramai yang salah sangka ngan tema tahun ni. Ingatkan lagu Sudirman... tapinya bait pertama ajer serupa. Ngapa pulak lagu ni yang sering dipromo lebih daripada lagu tema yang sebenar. Sudahlah lagunya bermusim, promosi kurang lagi pulak disaingi dengan lagu Warisan yang terbest begitu...

Apapon meh nyanyi sikit...okay.
di sini lahirnya sebuah cinta...cinta yang semarakkan cinta dan kasih kita....

No comments: