Saturday 16 August 2014

Lawatan Tak Belajar @Kota Bharu

Lepas balik dari berlatih sukan, aboh pelawa kami kalau nak ke mana-mana. Kalau tidak, dia nak mesin rumput. Memang banyak bunga rumput@ kemuncup di laman hatta nak lalu pon kena angkat kain tinggi tinggi.

Teringat minyak wangiku dah habis. Sudah dua tiga hari rasa bau badan hangit hapak...ops.. melampau la tu. Seperti orang mengantuk teramat disorong bantal dan tilam....yesss!! ke Kota Bharulah. Sebenarnya bukan terdesak sangat pasal minyak wangi tu...sebab kalau tak sembur pon badan okey jer. Zaman dolu kala tak adanya sembur spray ni...pakai bedak talkum cuticura jer. He..he...saja jenis suka menjarah, mana reti tolak ofer baik. So...

Adik cepat mandi. Terpisat2lah kawan tu yang sedang syok tengok tv cerita kartun2 nya. Kalau diberi pilihan sama ada nak ikut ke tidak, nescaya dan percaya serta neraca...sohih dia pilih duk kat rumah melangut depan teve. Gitulah...sejak dua menjak ni hidup kami macam in prompt to... sesuka hati ajer.
Macam biasa faveret aku KB Mall. Motip? sebab senang jumpa dan segalanya ado.
 Mula2 ambim gambar lot2 kedai ni supaya tak buang masa cari situ sini dan sana. Almaklum walo asal Kelate tapi tak besar serta menua kat sini. Jadinya aku sama jer ngan aboh....jalan2 sesat buah langsat. Tapi tak ada problem lah, harung saja. Memang sesuai darah aku dan aboh, satu jenis pakai redah satu lagi boleh ikut plus skima. Jalan oke.
 Penat dik? Beli baju kerja aboh barang dua helai. Bosan jugak asyik pakai baju sama...kan aboh? Setuju la dia. Umi belanja. Pssst: beli yang diskon 50 peratus.
 Ronda2 makan langsat...pusing keliling dua tiga kali nak keluar. Ada ke Cik GPS ni suruh aku masuk jalan sehala.

 Ni hadiah untuk diri sendiri. Hajat dari rumah nak cari Lancome, tapi tak ada orang kat kaunter. Apalagi tes dan berlegar2. Macam tak berapa berkenan dan masih lagi kaunter kosong...terus ke kanter ni. Acu terai tes macam jenis2....menang suka bau ni.

Kalau dulu CK pakai kongsi dua orang, tak kisah ah bau wanita ke bau lelaki... kali ni hadiahkan satu untuk aboh jugak. Hadiah sebab terima kasih sebab tak berkira duit ngan keluarga. Aku lar tukang reka idea nak perabis gajinya yang sudah tinggal tak seberapa lepas potong itu ini begitu begini. Jangan salah paham...untuk keluarga bahagia. He..he..ha..ha.

Sebelum balik singgah ke Wakaf Che Yeh alang2 dah dekat. 4 kilometer jer dari bandar KB. Sampai kat situ hujan pulak turun tapi misi rayau tetap on the way. Lengang dan lenggang sawi ajer. Aik...mengapa tak ada orang, takkan tak balik masjid lagi....ke WCY tak beroperasi hari Jumaat?...tak tau aku akan kaedahnya. Akhirnya balik. Kul 11.00 sampai rumahku syorgaku. Alhamdulillah.

.

No comments: