Monday 11 August 2014

Ke Kebun Tok

Belakang rumah arwah tok ada pokok buah_buahan yang terbiar. Tak adalah besar sangat tapi ada macam2 pokok buah. Duku langsat dokong cempedak rambutan dan sebagainya. Yang paling banyak dan sentiasa relevan ialah salak kampung yang sedap sangat. Manis dan ada sikit2 masam. Aroma dan jusnya....alahai sedap sangat.
Nostalgik sungguh. Reban@gok ayam masih ada meski ayamnya dilepas freehair ajer. Tengok tu...buah rambai. Kulitnya sangat sedap dimasak sayur lemak kolok. Tis..tis air liurku menitis. He...
 Duku...duku...
 Salak kampung tapi super sedap berbanding salak madu tu.

 Adik merayau2 sambil menderma darah kepada nyamuk yang mengamuk giler cucuk jarum. Maklum jarang manusia datang menyerah. Ngginggg....ngginggg....
Salak lagi.

Tak tersnap gambar dah. Kebanyakan pokok jadi tinggi melangut kerana banyak sangat. Kan udah belajar tentang persaingan benda hidup masa subjek Sains dulu kan. Gitu lah.

Tapi....sedih sebab tok dah pergi meninggalkan kami. Dahulu, kalau musim buah salak terutamanya mesti tok akan agih kepada anak cucunya dan mesti disimpankan untuk kami jugak. Meski kami tak datangpun .  Walau buruk sekalipon takkan diberi kepada orang lain. Hu..hu. tok...rindu.
Al-Fatihah untuk tok. Semoga tok berada bersama orang2 yang beriman... semestinya di samping tokki jugak. Amin.

No comments: