Aidilfitri datang lagi. Hari mulia yang ditunggu oleh segenap umat Islam sebagai tanda kemenangan.
Tahun ni aku sekeluarga berwarna terkois manja gitu.
Tuesday, 29 July 2014
Monday, 28 July 2014
Nostalgia Iklan Proton dan EON
Berhati2 di jalan raya
Semoga anda selamat tiba
Ucapan selamat hari raya
Dari EON untuk semua....
Masa dulu iklan raya ni sangat popular. Tambah dengan suara penyanyi yang merdu dan manja Jamal Abdillah dan Raja Ema. Sedap sungguh kudengar iklan itu.
Alih2 tahun 2014 ni lagu iklan tu disiarkan semula dengan versi baharu. Ada penambahan penyanyi2 baharu. Pun gitu masih sedap. Kalau tak salah model pertama ialah Proton Saga berwarna merah. Nama saga tu diberi oleh seorang peserta pertandingan menamakannya oleh orang Penang yang menamakan sempena model pertama berwarna merah sesuailah saga kan merah menyala2. Harga dalam RM14 ribu.
Gambar dari Google

Tuesday, 22 July 2014
Minggu Toke Kuih Raya Buat Roadblock
Aidilfitri mulia bakal menjelma minggu depan. Dalam tak sedar bulan Ramadan al-Mubarak kian berlalu. Entah ketemu entah tidak lagi...
Masa awal2 puasa senarai biskut raya mula berlegar-legar. Ramai kengkawan jadi peniaga segera. Bukan satu dealer malah boleh dikatakan masing2 jadi dealer atau ejen pelbagai jenis kuih.
Dan kita yang tak berpeluang meniaga ni terpaksalah mengisi borang tempahan. Oder la sejenis dua untuk ambik hati. Cari kuih yang paling murah....( mana ada yang murah sekarang kan ). Lepas satu, datang lagi dan lagi....lagi. Sebab oder satu dua jenis sahaja maka tak terasa banyak. He...he...he.
Akhirnya minggu ni pasti siaplah dan sampailah apa yang ditunggu. Agaknya tak tidur pembuat kek dan biskut menyiapkan tempahan. Pagi tadi masa turun kereta dah kena saman....RM120. Hah biar betul. Bila masa aku oder niii? kira dua tiga kali kot2 salah kira. Tu baru kat parking, belum naik tingkat atas lagi. Hah... roadblock kuih raya pasti berlaku sepanjang minggu. Oh tulun! dan memang benar, aku dikejar tokey popia mini....toke karipap mini....dan ramai lagi. Takutnyer...takut tak cukup duit. Hu..hu.
Padahalnya dari taun lepas dah berniat tak mo ode biskut raya ah. Nak beli kat Medin jer. Murah dan sedap. Lagipon tak lakunya semua tu. Buat hiasan meja jerk. Tak pernah tak buang. Membazir.
"Esok tat nanas siap deh..." kata toke tat sedap. Hah... ada lagi.

Keretaku Mogok Kenyang
Hari ni hari Isnin. Puasa. Seminggu lagi raya. Semua sudah siap...alhamdulillah sebab memang sediakan kelengkapan awal2 hingga aku tak rasa sangat kemeriahan sambutan pra raya. Hmmm...ni baru mukadimah.
Sudah siap2 dah ke tempat kerja...alih alih keretaku mogok. Tak mau hidup dia. Aduhai kelmarin okay okay saja. Cuba check minyak... ada lagi walau tak penuh. Maknanya bukan mogok laparla. He..he mana nak penuh hujung2 bulan gini kan. Apapun tak ada masa nak memakenik lagipon tak reti...terpaksa pindahkan barang dan badan naik kereta aboh. Hanto kami ye boss! pastikan sempat punch kad deh. Terima kasih.
Best jugak pakai dreber rasa macam zaman muda2 dolu.... ala ketika kereta ada sebiji jerk. Sekarang orang dah pakai kereta sebiji sorang sebab selalu terkejar2 kat jalan. Malah ada rakanku keretanya berbijik-bijik hinggakan mencapai nisbah 1:2. Macam aku ni bukannya mampu sangat...tapi terpaksa.
Gini gambo rajahnya. Nampak sangat penyakitnya secara teknikal dan saintifiknya dinamakan bateri super kong kalikong.
Balik terus aboh buka bonet depan. Cewah..macam mc gyber. Acehh...nak jumper ropanya. Terus hantar pusat sobis dan keluarlah dari poket sebanyak RM242 termasuk upah. Sah...sah. Maka terubatlah sakit kereta ku. Maka aku rasa tak sabarlah menunggu esok kerana gaji masuk esok. Betoi ke dok ni??...

Monday, 21 July 2014
Damailah Dikau Di sana....RIP
Gambar ni mungkin teknik fotoshop.
Sayu dan sedih apabila memang pesawat MAS yang ditembak. Menurut kokumnis akhbar yang kubaca dikatakan mungkin sasaran sebenar ialah pesawat Rusia yang dinaiki Presiden Rusia iaitu Vladimir Putin ( ejaan betui ke ) yang menggunakan laluan yang sama tak berapa jam kemudian. Lagi2 dikatakan warna dan saiz pesawat adalah hampir sama. Uh...segalanya mungkin. Allahuallam.
Namun, sama ada tersalah sasaran atau tidak sudah tidak mengubah apa2. Badan kapal terbang sudah berkecai bersama penumpang2 yang tiada kaitan dengan konflik mereka. Aduh... tabahlah hati masyarakat Malaysia terutamanya kaum keluarga dan sahabat mereka yang menanti dalam rindu yang sarat.
Semoga mereka yang beragama Islam ditempatkan dalam golongan insan2 yang soleh. Lebih2 lagi mereka dikhabarkan mereka adalah syahid. Apa yang boleh kita sumbangkan ialah bacaan al-Fatihah. Semoga kita semua ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)